Kenapa Polisi Tanpa Hadiah Boleh Kurangkan Rasuah di Pejabat?

Kenapa Polisi Tanpa Hadiah Boleh Kurangkan Rasuah di Pejabat?

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Rasuah mengikut Suruhjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) bermaksud aktiviti penerimaan dan pemberian suapan untuk seseorang membuat atau tidak membuat sesuatu perkara berkaitan urusan rasmi.

Suapan boleh terjadi atas pemberian wang, hadiah, undi, upah, jawatan, harta dan sebagainya.

Ada banyak cara orang memberi dan menerima rasuah. Salah satu paling popular adalah dengan pemberian hadiah.

Orang cakap, manusia akan suka dengan kita apabila ada 2 perkara iaitu:

  • Kuasa
  • Wang

Dua perkara ini biasanya terdapat pada jawatan tinggi di syarikat (kuasa). Anda juga boleh membuat keputusan dalam pembelian atau penganugerah projek (wang).

Jadi, pemberi rasuah akan memburu mereka ini untuk dijadikan batu loncatan mendapat habuan seperti kontrak.

Mereka akan menelefon, ajak makan, berjumpa dan buat aktiviti kegemaran staff yang ada dua perkara tadi.

Mereka memberi rasuah untuk mempengaruhi sesuatu perkara. Dalam konteks yang biasa kita dengar adalah melibatkan tender, pembelian dan kontrak.

Banyak syarikat di Malaysia sudah menggunakan polisi tanpa hadiah untuk mencegah ‘penyakit’ dari mula berlaku. Bukan sahaja di pejabat kerajaan tetapi juga di syarikat swasta.

Mengikut Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International,  Malaysia berada pada tangga 48 berbanding tangga ke 57 pada 2020.

indeks rasuah malaysia 2021

Lebih rendah indeks, lebih tinggi amalan rasuah di sesuatu negara. Bermaksud, Malaysia makin teruk dengan amalan rasuah. 

Kenapa Polisi Tanpa Hadiah Boleh Kurangkan Rasuah di Pejabat?

Sebab ada hukuman jika mereka terlibat dalam aktiviti kotor ini. Antaranya hilang jawatan dan boleh dipenjara jika kes dilapor ke SPRM.

Sudahlah hilang jawatan, maruah juga tercalar. Apa jadi pada keluarga yang mengharapkan hasil gaji pekerjaan setiap bulan.

Anak isteri hilang tempat bergantung, dapat malu dan keluarga porak-peranda.

Beri salah, ambil pun salah. Apabila sudah terbiasa memberi dan menerima hadiah, sudah pasti jadi kebiasaan. Anggap perkara tidak salah.

Si penerima juga ada kalanya bijak meminta rasuah, tidak minta terang-terangan. Contohnya jika inginkan telefon bimbit, dia tak cakap saya nak telefon.

Dia akan cakap “susah nak angkat telefon dari ko. Telefon tak berapa dengar. Mungkin dah lama kut“.

Ayat hint begini satu permulaan akan berlakunya rasuah. Tambahan pula jika perbualan tersebut melibatkan kepentingan syarikat pemberi rasuah seperti negosiasi tender atau pemberian projek.

Walaupun polisi tanpa hadiah ini bagus, tetapi jika pihak terbabit tidak ambil peduli dan anggap perkara biasa, rasuah tetap akan berlaku.

Apa pula bezanya hadiah syarikat kepada staff?

Hadiah syarikat kepada staff sendiri sebagai tanda penghargaan tidak dianggap rasuah. Ini kerana tidak melibatkan kepentingan peribadi.

Ia menggunakan duit syarikat dan tiada pihak akan menerima kerugian akibat ketidakadilan.

Tambahan pula, ia dibuat secara terang-terangan oleh syarikat seperti mengadakan hadiah majlis hari jadi kepada staff. Semua staff tahu ia dari syarikat sendiri kepada staff sendiri.

Doakan kita semua terhindar dari aktiviti kotor ini. Moga negara kita lebih maju dan mundur dengan adanya manusia yang jujur dan amanah.

Ada kisah nak kongsi berkenaan rasuah? Jom komen.

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami