Dulu masa kecil bila sampai tarikh ulang tahun kelahiran, kita sangat teruja. Ibu bapa, adik beradik dan sahabat akan ucapkan selamat pada kita. Sampai malu jadinya lebih-lebih lagi diumum dan dinyanyikan dalam kelas.
Bila ada Facebook, segalanya berubah. ‘Ucapan’ hari lahir hanya sekadar tulisan di Wall. Tiada lagi sentuhan bermakna, ucapan berhadapan (face-to-face) dan nyanyian. Mungkin ini cara orang sekarang menyampaikan hasrat.
Walau apa pun, sangat bagus sebenarnya memberi ucapan selamat ulang tahun dengan doa kesejahteraan dan panjang umur. Sekurang-kurangnya kita menghargai orang sekeliling kita. Bagus!
Baiklah, berbalik kepada tempahan beg yang kami terima. Tempahan kali ini dari Jabatan Farmasi sebuah hospital kerajaan. Sudah masuk line goverment ni. 🙂
Mengikut puan yang menempah, beg ini sebagai hadiah kepada para staff sempena ulang tahun kelahiran. Satu idea yang sangat baik untuk memberi penghargaan dan tanda ingatan kepada tenaga kerja.
Kami yakin dan percaya, para pekerja telah melakukan yang terbaik untuk pembangunan syarikat. Oleh sebab itu, syarikat memberikan penghargaan kepada mereka. Hadiah beg tu!
Menariknya beg ini sebab ia bersaiz besar. Boleh isi kasut futsal, tuala jogging, bekas mandian, kasut jalan-jalan pun boleh, botol minuman dan banyak lagi.
Ada dua bahagian. Satu bahagian utama yang besar dan satu bahagian lagi yang kecil sedikit. Kami pun ada tumpang order sebab nak buat stok. Pada masa sama boleh guna juga.
Buat puan yang menempah, kami ucapkan jutaan terima kasih. Kami harap dengan membekal cenderahati beg ini dapat memberi manfaat kepada para staff jabatan puan.
Pada yang menerima hadiah hari jadi, kami ucapkan selamat hari lahir. Moga terus dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki.
Kami kongsi sedikit gambar tempahan beg untuk tatapan bersama. Mana tahu berminat untuk tempahan hadiah hari jadi atau apa-apa majlis.
Teringin nak buat cenderamata korporat? Khidmat nasihat percuma. Tanya tak kena bayar. WhatsApp GIFT ke 018-2122510.
Semoga berjumpa lagi di lain keluaran.
ZAINI
“Nothing real until you feel”
BERAPA HARGA BEG NI..KALAU ORDER 100++ PCS..?
THX
Hi Puan Azean,
Harga seunit (untuk 100 unit) RM32.30