7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023

7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Sudah masuk dua minggu kita menjengah tahun baru 2023. Pejam celik, pejam celik sekejap masa berlalu. Untuk tahun 2023, kami ingin berkongsi 5 cenderahati korporat terbaik pilihan kami untuk tahun 2023.

Cenderahati ini mendapat permintaan dan pertanyaan yang tinggi oleh pelanggan. Mungkin untuk dijadikan hadiah sempena majlis di sekolah atau pejabat.

Jom sama-sama kita lihat.

1. Thermo Mug

Thermo mug adalah bekas minuman yang tahan panas. Oleh kerana tahan panas, ia sesuai untuk digunakan untuk membancuh kopi, teh, milo dan sebagainya.

Biasanya dijadikan cenderahati untuk staff di pejabat dan juga pelajar di sekolah.

tempah thermo mug

2. Memo Pad

Memo pad sesuai dijadikan penanda pada dokumen. Ia memudahkan halaman kertas ditanda terutamanya untuk senang di tandatangan.

Ada pelbagai pilihan warna dan saiz boleh dipilih. Ada juga memo didatangkan dengan kalendar yang memudahkan anda memeriksa hari dan tarikh.

tempah memo pad

3. Vacuum Flask (Stainless Steel)

Cenderahati korporat terbaik seterusnya adalah bekas air jenis flask. Bekas air ini dibuat daripada besi tahan karat (stainless steel) yang boleh menampung air sehingga 24 (air panas dan air sejuk).

Jadi ia sesuai untuk anda bawa ke pejabat untuk digunakan sebagai bekas minuman yang boleh tahan air sampai ke petang.

Flask ini juga didatangkan dengan penutup jenis cawan, memudahkan anda untuk minum dengan lebih selesa.

4. Organizer / Notebook

Organizer adalah diari kecil yang mempunyai kalendar, ruangan kosong untuk mencatat maklumat penting.

Sesetengah organizer atau notebook didatangkan dengan pen.

5. Beg Serbaguna (Multipurpose Bag)

Boleh letak kasut, alat solek, tuala dan barangan peribadi kecil. Sesuai untuk dijadikan hadiah kepada staff.

Mereka boleh bawa barangan dalam satu beg khususnya untuk aktiviti luar seperti bersukan, berkelah dan berkhemah.

multipurpose bag beg serbaguna

6. Payung

Satu cenderahati korporat dalam kategori premium kerana harga payung biasanya lebih tinggi berbanding produk lain.

Namun kegunaannya sangat banyak terutamanya untuk melindungi anda dari hujan dan panas. Tempahan payung menjadi pilihan ramai pelanggan sebab ianya eksklusif.

7. Ceramic Mug

Mug boleh dijadikan hadiah kepada staff contohnya sempena hari jadi, anugerah cemerlang ataupun untuk majlis meraikan staff.

Dalam kebanyakan pejabat, mug memang menjadi item penting yang pasti ada di setiap meja pekerja.

ceramic mug

Anda suka yang mana? Jika tiada pilihan, boleh klik link katalog di sini dan pilih cenderahati pilihan anda.

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami