10 Cadangan Cenderahati untuk Pelajar Sekolah dan Universiti

10 Cadangan Cenderahati untuk Pelajar Sekolah dan Universiti

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Apabila memilih hadiah cenderahati untuk pelajar sekolah atau universiti, adalah penting untuk mempertimbangkan item yang praktikal dan menarik kepada golongan yang lebih muda.

Kenapa Cenderahati atau Hadiah Untuk Pelajar adalah Penting?

1. Penghargaan dan Pengiktirafan

Hadiah atau cenderahati adalah cara pihak sekolah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar. Hadiah ini boleh menjadi tanda penghargaan atas usaha, pencapaian atau sumbangan mereka.

2. Membina Perhubungan Positif

Pemberian cenderahati korporat boleh membantu memupuk hubungan positif antara guru, pensyarah dan komuniti pelajar. Ia menunjukkan rasa muhibah dan prihatin, yang boleh membawa kepada hubungan dan kesetiaan yang lebih kukuh.

3. Meningkatkan Semangat dan Motivasi:

Menerima hadiah korporat boleh meningkatkan semangat dan motivasi pelajar. Ia berfungsi sebagai peringatan yang nyata tentang pencapaian mereka dan boleh memberikan galakan untuk terus cemerlang dalam pelajaran atau usaha mereka.

Berikut ialah beberapa idea cenderahati untuk pelajar yang sesuai dan berguna untuk pelajar:

1. Buku Nota (Notebook) atau Organizer

Buku nota dengan nama pelajar, nama sekolah atau universiti boleh menjadi hadiah hebat. Mereka boleh menggunakannya untuk mencatat nota, lakaran atau jurnal.

buku nota murah

2. Beg Seminar

Beg yang ringkas untuk isi dokumen seperti fail, kertas dan kad. Senang di bawa sebab saiznya kecil.

3. Set Alat Tulis

Sebagai pelajar, ini adalah keperluan penting yang sentiasa mereka gunakan. Hadiah sebegini dapat memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

4. Buku Nota Kecil (Pocket Notebook)

Kegunaan untuk mencatat nota ringkas dan senang disimpan di dalam poket pakaian.

5. Memo Pad

Untuk menanda bahagian penting dalam pembelajaran. Penting item ni untuk kita cepat cari tempat rujukan.

6. Power Bank

Ini satu lagi alat penting terutamanya untuk pelajar universiti. Iyalah, mana sempat nak caj telefon di kolej kediaman atau rumah sewa. Sudah semestinya satu hari akan berada di universiti atau kolej. Jadi, telefon perlu selalu ada bateri.

7. Thumdrive / Pendrive

Satu lagi keperluan untuk menyimpan dokumen digital seperti fail, nota, software dan sebagainya. Walaupun kecil tetap besar jasa dalam kehidupan seorang mahasiswa.

8. Botol Air

Minum air 8 gelas sehari adalah sangat digalakan terutamanya kepada pelajar yang menuntut ilmu.

Anda boleh berikan botol air yang yang boleh menyimpan minuman panas atau sejuk untuk tempoh yang lama. Pada masa kini ada banyak design menarik yang boleh dijadikan idea untuk hadiah.

9. Beg galas atau Beg Komputer Riba

Beg galas atau beg komputer riba berkualiti tinggi dengan banyak ruang boleh membantu pelajar kekal teratur dan membawa barang keperluan mereka dengan selesa.

10. Payung

Sediakan payung sebelum hujan. Bukan penting waktu hujan sahaja, payung juga sangat berguna ketika cuaca panas. Maklum sahaja, di Malaysia cuacanya ada kalanya sangat panas.

Cenderahati untuk pelajar perlu sesuai dengan minat, keperluan dan manfaat yang mereka bakal perolehi.

Anda sedang cari cenderahati untuk pelajar? Jom hubungi kami, klik link di bawah untuk kami bantu anda.

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami