Soalan Lazim (FAQ)

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Soalan lazim adalah himpunan soalan yang biasa ditanya oleh bakal pelanggan. Sila baca sebagai panduan dan rujukan anda.

1.  Butiran lengkap GiftStore.my?

Dimiliki oleh DELOCAL RESOURCES (002739263-V). Kami merupakan perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beroperasi secara dalam talian (online) sepenuhnya.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh GiftStore.my?

Kami menyediakan perkhidmatan tempahan cenderahati korporat untuk syarikat, sekolah, universiti, organisasi kerajaan dan swasta juga kepada individu dengan rekabentuk (design) sendiri. Design sendiri bermakna anda boleh menempah menggunakan apa sahaja rekabentuk yang telah anda sediakan sendiri. Pihak kami akan mencetak untuk anda.

3. Bagaimana cara untuk menempah cenderahati?

Pihak kami telah menyediakan katalog cenderahati untuk anda pilih . Anda boleh rujuk gambar produk pada sebelah kanan Katalog Cenderahati atau klik di sini untuk melihat katalog.

Selepas pertanyaan, kami akan membalas & memberikan harga sebenar dalam masa 24 jam.

4. Bagaimanakah proses tempahan berlaku?

  1. Pelanggan buat pertanyaan / hantar borang sebut harga
  2. Kami hantar maklumbalas keterangan produk dan harga
  3. Pelanggan setuju & bayar deposit (50%)
  4. Proses cetakan bermula
  5. Cenderahati siap dicetak
  6. Pelanggan bayar baki 50%
  7. Cenderahati dihantar kepada pelanggan (melalui Pos, kurier atau COD).

5. Adakah saya boleh menempah cenderahati jika tidak pandai design?

Pihak kami boleh design untuk anda, namun minimum kos RM40 setiap design akan dikenakan. Harga design bergantung kepada kerumitan logo/tulisan diberi. Butiran yang akan diletakkan pada design juga diperlukan daripada pihak anda untuk memudahkan kerja-kerja design.

6. Berapakah jumlah minimum tempahan cenderahati?

30 units

  1. Notepad
  2. Mug
  3. Bag
  4. Holder
  5. Drinkware
  6. Trophies
  7. Medal
  8. Crystals Series
  9. Plaques
  10. Medal Ribbon & Velvet Box
  11. Casing Souvenirs
  12. Wooden Series
  13. Body Wears
  14. Uniform

50 units

  1. Pen
  2. Key chain
  3. Alat Tulis
  4. Bendera
  5. Miscellaneous
  6. Packing Series

100 units

  1. Lanyard

7. Berapakah jumlah deposit untuk setiap tempahan?

Deposit (bayaran pendahuluan) sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan. Contohnya, jika jumlah keseluruhan adalah RM300, deposit sebanyak RM150 diperlukan. Pihak kami tidak akan memproses tempahan tanpa deposit.

8. Berapa lamakah tempahan boleh disiapkan?

Proses cetakan bermula selepas pengesahan design dan wang deposit diterima. Proses cetakan mengambil masa 10 ke 14 hari berkerja. Namun begitu, penghantaran akan lebih pantas sekiranya proses cetakan siap lebih awal.

Jika anda masih mempunyai keraguan & pertanyaan, kami mengalu-alukan pertanyaan anda. Sila klik Hubungi Kami untuk bantuan lanjut.

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

5 thoughts on “Soalan Lazim (FAQ)

  1. Saya nk tnya untuk note book bhgian mana yang sy boleh custom ? Kalau saya just nak letak nama and details dekat bagian blkg sje boleh ke ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami