Pelanggan

Tempahan Baju Korporat untuk Universiti

“Cantik Sangat Jahitan. Semua Berkualiti”

Terima maklumbalas daripada pelanggan yang menempah baju korporat. Syukur atas respon positif.

Kami sangat seronok apabila mengetahui baju selamat tiba, dalam keadaan baik dengan kualiti sulaman yang diiktiraf.

Semoga cik terus bersemangat berbakti dan berjasa kepada organisasi

Kami ucapkan jutaan terima kasih!

Nak buat baju korporat untuk kelihatan lebih professional?

Klik:
http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

buat baju korporat
buat baju korporat

Untuk baju korporat, logo dan tulisan kebiasaanya akan disulam dengan warna penuh (full color).

Logo dan nama di hadapan, manakala tulisan di belakang.

rasuah hadiah
Umum

Kenapa Polisi Tanpa Hadiah Boleh Kurangkan Rasuah di Pejabat?

Rasuah mengikut Suruhjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) bermaksud aktiviti penerimaan dan pemberian suapan untuk seseorang membuat atau tidak membuat sesuatu perkara berkaitan urusan rasmi.

Suapan boleh terjadi atas pemberian wang, hadiah, undi, upah, jawatan, harta dan sebagainya.

Ada banyak cara orang memberi dan menerima rasuah. Salah satu paling popular adalah dengan pemberian hadiah.

Orang cakap, manusia akan suka dengan kita apabila ada 2 perkara iaitu:

  • Kuasa
  • Wang

Dua perkara ini biasanya terdapat pada jawatan tinggi di syarikat (kuasa). Anda juga boleh membuat keputusan dalam pembelian atau penganugerah projek (wang).

Jadi, pemberi rasuah akan memburu mereka ini untuk dijadikan batu loncatan mendapat habuan seperti kontrak.

Mereka akan menelefon, ajak makan, berjumpa dan buat aktiviti kegemaran staff yang ada dua perkara tadi.

Mereka memberi rasuah untuk mempengaruhi sesuatu perkara. Dalam konteks yang biasa kita dengar adalah melibatkan tender, pembelian dan kontrak.

Banyak syarikat di Malaysia sudah menggunakan polisi tanpa hadiah untuk mencegah ‘penyakit’ dari mula berlaku. Bukan sahaja di pejabat kerajaan tetapi juga di syarikat swasta.

Mengikut Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International,  Malaysia berada pada tangga 48 berbanding tangga ke 57 pada 2020.

indeks rasuah malaysia 2021

Lebih rendah indeks, lebih tinggi amalan rasuah di sesuatu negara. Bermaksud, Malaysia makin teruk dengan amalan rasuah. 

Kenapa Polisi Tanpa Hadiah Boleh Kurangkan Rasuah di Pejabat?

Sebab ada hukuman jika mereka terlibat dalam aktiviti kotor ini. Antaranya hilang jawatan dan boleh dipenjara jika kes dilapor ke SPRM.

Sudahlah hilang jawatan, maruah juga tercalar. Apa jadi pada keluarga yang mengharapkan hasil gaji pekerjaan setiap bulan.

Anak isteri hilang tempat bergantung, dapat malu dan keluarga porak-peranda.

Beri salah, ambil pun salah. Apabila sudah terbiasa memberi dan menerima hadiah, sudah pasti jadi kebiasaan. Anggap perkara tidak salah.

Si penerima juga ada kalanya bijak meminta rasuah, tidak minta terang-terangan. Contohnya jika inginkan telefon bimbit, dia tak cakap saya nak telefon.

Dia akan cakap “susah nak angkat telefon dari ko. Telefon tak berapa dengar. Mungkin dah lama kut“.

Ayat hint begini satu permulaan akan berlakunya rasuah. Tambahan pula jika perbualan tersebut melibatkan kepentingan syarikat pemberi rasuah seperti negosiasi tender atau pemberian projek.

Walaupun polisi tanpa hadiah ini bagus, tetapi jika pihak terbabit tidak ambil peduli dan anggap perkara biasa, rasuah tetap akan berlaku.

Apa pula bezanya hadiah syarikat kepada staff?

Hadiah syarikat kepada staff sendiri sebagai tanda penghargaan tidak dianggap rasuah. Ini kerana tidak melibatkan kepentingan peribadi.

Ia menggunakan duit syarikat dan tiada pihak akan menerima kerugian akibat ketidakadilan.

Tambahan pula, ia dibuat secara terang-terangan oleh syarikat seperti mengadakan hadiah majlis hari jadi kepada staff. Semua staff tahu ia dari syarikat sendiri kepada staff sendiri.

Doakan kita semua terhindar dari aktiviti kotor ini. Moga negara kita lebih maju dan mundur dengan adanya manusia yang jujur dan amanah.

Ada kisah nak kongsi berkenaan rasuah? Jom komen.

Tips dan Teknik

Bagaimana Membuat Orang Suka Dengan Cenderahati Korporat?

cenderahati korporat

Walaupun semua orang menyukai cenderahati korporat namun ada juga yang tidak mengambil endah.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah berfikir langsung akan kewujudan pelbagai cenderahati dan hadiah yang ada di pasaran.

Ada yang menerima sesuatu cenderahati sekadar menerima tanpa ada sentuhan emosi terhadapnya.

Seperti mana tajuk artikel kali ini, bagaimana caranya kita dapat membuat cenderahati lebih bermakna?

Hanya Satu Sahaja iaitu Jadikan Cenderahati Korporat Sesuatu Yang Eksklusif

Mengikut Kamus Dewan, ia bermaksud  karya reka yang lebih halus dan indah yang menggambarkan keunikan dan keaslian usaha seni pertukangan.

Sesuatu cenderahati korporat yang dibuat perlu ada sentuhan kecundang emosi yang mendalam. Unik adalah lain dari yang lain manakala asli adalah sejati dan tulen.

Contoh yang boleh kita gambarkan melalui dua maksud ini seperti cenderahati untuk:

Majlis Berkhatan

Majlis berkhatan di sekolah rendah untuk pelajar. Uniknya untuk majlis sebegini kerana satu kenangan (berkhatan) yang tidak mungkin dapat ditempuh oleh kanak-kanak perempuan.

Aslinya punya adalah cara berkhatan yang biasanya dilakukan oleh mudim. Pakai pisau tu bro!

Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan guru besar sekolah. Uniknya kerana majlis yang khas dan istimewa untuk seorang guru.

Aslinya pula, guru besar yang telah menabur jasa yang lama di sekolah tersebut. Semua guru dan pelajar pastinya mempunyai satu hubungan dan penghormatan tertinggi pada insan ini.

Hari Keluarga

Ini memang biasa dengan cenderahati korporat. Uniknya pada aktiviti ini semua ahli keluarga dari latar belakang berbeza (ipar dari negeri lain), dengan budaya berbeza berkumpul. Bersuai kenal antara ipar, anak saudara dan juga sepupu.

Bangga sungguh atuk dan neneknya mempunyai keluarga besar yang sama-sama berkumpul mengeratkan silaturahim.

Oleh itu, untuk membuat cenderahati korporat menjadi eksklusif dan disukai ramai, perlu menilai dua benda di atas.

Adakalanya kita tidak sedar sesuatu cenderahati pada majlis yang diajurkan itu sangat menyerlah. Pastinya ada sesuatu yang bernilai di dalamnya iaitu eksklusif.

Jom jadikan hadiah anda sesuatu yang eksklusif. Klik link di bawah

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Umum

10 Aktiviti Yang Sesuai Diberi Hadiah dan Cenderahati

Terdapat banyak aktiviti dan sambutan yang diraikan rakyat Malaysia. Dengan jumlah penduduk melebihi 32 juta orang, pelbagai budaya dan agama, kita dapat melihat variasi sambutan setiap masyarakat.

Untuk post kali ini, saya akan berkongsi 10 aktiviti yang sesuai diberi hadiah dan cenderahati.

1. Hari Anugerah Cemerlang

Hadiah untuk menghargai mereka yang cemerlang dalam pelajaran dan sukan. Biasanya diberi hadiah beg dan buku.

2. Hari Guru

Meraikan pengorbanan guru yang banyak berjasa. Para pelajar akan memberikan pelbagai jenis hadiah sama ada ready-made, custom-made dan paling bermakna hand-made.

hadiah-hari-guru

Hadiah hari guru seperti ceramic mug, buku, hamper dan kad ucapan.

3. Hari Sukan Sekolah

Aktiviti sihat untuk mencungkil bakat para pelajar dalam bidang sukan. Sama seperti akademik, bidang sukan sangat mendapat tempat di Malaysia jika pelajar serius dan benar-benar berbakat. Contohnya sukan bola sepak, badminton, sepak takraw dan olahraga.

Antara hadiah yang paling popular adalah trofi dan medal.

4. Sambutan Hari Lahir Pekerja

Sesetengah syarikat menganjurkan sambutan hari lahir (hari jadi) kepada pekerja. Ini untuk menghargai jasa mereka yang bersama-sama membangunkan syarikat.

Tidak kira pekerja bawahan, sokongan, sampingan atau sepenuh masa, para pekerja layak untuk diraikan.

Contoh hadiah yang sesuai adalah mug, beg, organizer dan juga power bank.

5. Ativiti Pemasaran di Booth Jualan

Para penjual (salesman) akan memberi khidmat nasihat dan cadangan atas produk yang mereka jual. Contohnya salesman penapis air, insuran dan produk kesihatan.

Sebahagian mereka mungkin inginkan maklumbalas dari anda seperti survey. Sebagai tanda penghargaan, mereka akan memberikan hadiah seperti pen yang bercop syarikat sebagai teknik pemasaran cenderahati.

Saya pernah dapat pen dan buku nota semasa ditemuramah penjual insuran. Walaupun tidak menyertai insuran mereka tetapi ia satu usaha untuk menghargai bakal pelanggan. Terima kasih ya.

6. Mendapat Pelanggan Baru

Jika anda membeli sesuatu barang yang mahal dari penjual, biasanya mereka akan hadiahkan sesuatu kepada anda. Ia sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda kepada perniagaan.

Contoh paling mudah apabila anda membeli kereta baru. Apa anda dapat? Banyak hadiah seperti SmartTAG, t-shirt syarikat, payung, keychain, kunci keselamatan dan minyak penuh. Ya, minyak penuh juga adalah hadiah. Siapa nak bagi free?

7. Aktiviti Kempen Meraih Undi

Musim pilihanraya adalah musim rezeki untuk rakyat. Untuk meraih undi, calon dari parti bertanding akan mengambil hati pengundi dengan pelbagai cara.

hadiah pilihanraya

Kredit image: kabarwajo.com

Antaranya mengumumkan projek pembangunan, aktiviti kemasyarakatan, hadiah, sumbangan dan ziarah membawa sumbangan. Semua itu adalah hadiah kepada kita. Jika waktu lain mungkin jarang berjumpa atau lebih teruk lagi tak pernah bersua muka.

8. Aktiviti Meraikan Insan Kurang Berkemampuan

Dianjurkan oleh badan kerajaan dan juga swasta. Dikenali juga sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Bertujuan untuk meraikan mereka yang tidak berkemampuan, miskin dan juga sakit.

Biasa dibuat di rumah kebajian, anak-anak yatim, rumah warga emas dan hospital kerajaan.

Sumbangan yang biasa diberikan adalah makanan keperluan, pakaian, ubat-ubatan dan juga wang ringgit.

9. Majlis Akikah dan Cukur Rambut

Ibu bapa yang dikurniakan anak akan mengadakan majlis akikah dan cukur rambut. Majlis akikah sama ada menyembelih kambing atau lembu bergantung kepada kemampuan keluarga.

Kenapa bukan cukur jambul? Kerana dalam Islam sunah mencukur keseluruhan rambut anak yang baru lahir pada hari ketujuh. Jangan ikut adat tapi ikut sunah. Bimbang jika salah adat, boleh merosak akidah dengan aktiviti khurafat.

Untuk bacaan tambahan:

Bagi Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, terdapat banyak perkara yang membuatkan adat cukur jambul dilakukan masyarakat Melayu bertentangan dengan sunnah mencukur rambut yang dituntut Rasulullah S.A.W. antaranya penggunaan buah kelapa.

“Soalnya, kenapa guna buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam?”, tanya beliau.

Beliau berkata majlis cukur rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji memadai dengan bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan jamuan.

Namun disebabkan rasa gembira menerima cahaya mata baru, masyarakat mengadakan majlis itu secara besar-besaran hingga menampakkan unsur-unsur kemewahan.

“Perbuatan ini (mengadakan majlis) tidak menjadi kesalahan asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah. Cuma dibimbangi sekiranya ia bertukar menjadi riak maka ia menjadi satu kesalahan”, katanya.

Beliau menegaskan bayi yang baru dilahirkan seharusnya tidak didedahkan dengan perkara khurafat dan bidaah sejak masih kecil supaya mampu membesar menjadi orang yang berguna kelak – sumber Sinar Harian.

Untuk majlis ini, ibu bapa kanak-kanak akan memberi hadiah berupa yassin, buku doa, kuih muih dan minuman.

10. Majlis Kenduri Kahwin

Orang kita datang kenduri dapat makan free, balik kenduri dapat hadiah lagi. Bersyukur. Itu tanda tuan rumah sangat bersyukur dan seronok kita dapat hadir majlis mereka.

Sebagai tanda terima kasih, tuan rumah akan berikan hadiah seperti bunga telur, kuih tradisional dan ada juga dapat air minuman.

Jadi, banyak aktiviti yang sesuai diberikan cenderahati dan hadiah.

Apa aktiviti anda yang boleh juga diberikan hadiah? Kongsi sikit di ruangan komen.

MOHD