Perlukah Sebut Harga Untuk Cenderahati Korporat?

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

sebut-harga-cenderahati-korporatJawapan ringkas kepada soalan di atas adalah YA. Kita memang perlu dapatkan sebut harga.

Sebut harga atau orang kampung saya panggil quotation adalah maklumbalas harga barangan selepas mendapat pertanyaan daripada pelanggan. Ringkasnya, bila orang tanya harga, kita jawab. Jadi itulah proses sebut harga.

Zaman millenia yang sudah ada teknologi maklumat, sebut harga tidak hanya melalui kertas cetakan tetapi sudah menjangkau kepada sistem eloktronik seperti email, media sosial dan telefon. Maklumbalas akan lebih pantas sehinggakan kurang 1 minit kita sudah tahu harga sesuatu barangan.

Kenapa Sebut Harga Diperlukan?

1. Membandingkan Bajet Kewangan 

Perkara utama diperlukan sebelum menempah cenderahati adalah bajet atau wang atau duit. Ada yang mempunyai bajet besar seperti syarikat yang ingin menempah cenderahati untuk staff syarikat. Ada syarikat yang mempunyai bajet terhad atau sedikit disebabkan oleh staff tidak ramai. Ada badan kerajaan seperti sekolah yang mempunyai bajet tersendiri.

Semuanya berasaskan kepada kantung kewangan sendiri. Dari situ barulah mereka dapat membandingkan barangan yang ingin ditempah dengan bajet yang ada. Sebab itu, sangat penting sebut harga diperoleh

2. Perbandingan Harga

Tiga (3) sebut harga sangat bagus dan diperlukan untuk syarikat/sekolah membuat perbandingan harga. Ini sangat penting kerana tanpa perbandingan kita tidak mengetahui sebenarnya boleh berjimat dengan pembekal lain yang menawarkan harga lebih murah dengan barangan yang sama.

3. Pelbagai Pilihan Cenderahati Korporat

Tidak semua pembekal dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Itu normal. Namun, pembekal dapat memberikan pilihan cenderahati yang ada dalam simpanan rekod mereka. Contohnya, jika kita ingin membuat payung bewarna merah, pilihan-pilihan berikut mungkin ada pada setiap pembekal:

  • Ada pembekal yang mempunyai payung jalur merah
  • Ada pembekal yang mempunyai payung merah keseluruhan
  • Ada merah gelap, ada merah terang dan sebagainya.

Oleh demikian, kita mempunyai banyak pilihan. Kami yakin dan percaya, walaupun anda telah menetapkan warna atau tema tertentu tetapi pilihan yang diterima pelbagai, anda boleh jadikan sebagai idea untuk menambah baik keperluan cenderahati yang diinginkan.

Dapatkan Sebut Harga Untuk Penilaian

Ringkasnya,

  1. Mohon sebutharga terutamanya jika barangan yang ditempah dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai.
  2. Ambil masa untuk membuat penilaian satu persatu terutamanya jika ada kos-kos tersembungi
  3. Hubungi penjual dan bertanya jika inginkan penjelasan.

Hubungi 018-2122 510 dan mohon sebut harga hari ini!

ZAINI

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami