Salam Aidil Fitri, Raikan Dengan Kesyukuran

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Salam sejahtera,

Beberapa hari saja lagi umat Islam seluruh dunia akan menerima kedatangan Syawal. Bermakna, akan meraikan hari kemenangan umat Islam dengan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Tanda kemenangan ini setelah mengharungi madrasah Ramadhan yang penuh rasa ketakwaan, kesyukuran dan rasa insaf.

aidilfitri1437

Pada anda yang sentiasa menyokong kami..

Sama ada anda adalah pelanggan, sekadar bertanya atau berbual, kami amat menghargai sokongan, kritikan dan cadangan. Kerjasama daripada anda sangat bermakna bagi untuk kami menambah baik perkhidmatan sedia ada. Pada masa yang sama kami akan teruskan memberi perkhidmatan cemerlang dalam cenderahati korporat.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

Pada ayah dan ibu…

Ampun maaf dipinta. Tulus ikhlas mereka membesar dan mendidik tiada siapa dapat membalas dengan harta. Hanya doa dan ingatan kita pada mereka memberi seribu keriangan di wajah.

Tiada harapan selain untuk melihat anak-anak menjadi insan berguna pada keluarga. Ya Allah, ampunkan mereka, berilah kebaikan, kesejahteraan dan rahmat pada kedua ibu bapa kami…

Pada mereka yang pulang berhari raya di kampung…

Berhati-hari dalam perjalanan. Jangan terlalu difikirkan cepat sampai sehingga mengabaikan undang-undang jalan raya. Paling penting, jangan dipandang rendah kesihatan kita. Jika penat dan mengantuk, berehat dahulu di mana-mana. Kampung tak mana Bang!

Pada mereka yang bertugas untuk negara…

Kami ucapkan jutaan penghargaan dan tabik hormat atas jasa pengorbanan kalian demi agama, bangsa dan negara. Moga Allah Taala sentiasa memberi perlindungan keselamatan dan limpah pada semua. Khas buat tentera, polis, bomba, pekerja di sektor awam dan swasta juga pada mereka yang bertugas di hari mulia.

… dan pada mereka yang menyambut Aidilfitri…

Nikmati rasa syukur atas kurniaan yang tidak terhingga. Nikmat keamanan, kesihatan, makanan dan perlindungan yang Allah berikan. Bersyukur pada Yang Esa tanda kita hamba yang bertakwa.

Salam Aidil Fitri 1437H

Maaf Zahir & Batin dari kami

MOZAS GLOBAL RESOURCES

KhidmatCetakBaju.com | GiftStore.my

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami