5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Setiap tahun pasti ada majlis di sekolah sama ada tadika, pra-sekolah, sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Antara majlis yang kerap diadakan adalah Majlis Penyampaian Hadiah, Majlis Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Hari Kantin dan Hari Guru.

pemenang-euro-2016-portugalSeronoknya majlis-majlis ini kita tak perlu masuk kelas. Jadi tidak perlu belajar pada hari tersebut. Lebih seronok lagi, kita adalah orang yang menerima anugerah, hadiah dan pengiktirafan. Terkenang balik zaman-zaman dahulu. Penuh satu beg rakan-rakan yang pandai dapat hadiah.

Kali ini kami ingin kongsikan 5 pilihan hadiah yang sesuai diberi semasa majlis-majlis tersebut. Jom sama-sama baca:

1. Mug

Ini antara barangan yang selalu diberikan. Khususnya jika ada majlis Hari Guru. Para pelajar akan membeli mug dengan pelbagai ucapan positif kepada guru mereka. Tidak kira guru kelas sendiri atau guru-guru lain. Tetapi untuk jimat kos, cuma berikan kepada guru kelas atau guru yang mengajar mereka sahaja. Walaupun sebiji mug, tetapi nilai penghargaan seorang pelajar kepada guru sangat tinggi.

2. Buku 

Item wajib dalam senarai hadiah. Kerap kali akan dapat buku tulis, buku nota dan paling seronok dapat buku cerita. Pada zaman kami, buku Cerita Sang Kancil paling terkenal. Orang cakap, kalau selalu baca buku Sang Kancil akan jadi bijak macam haiwan tersebut. Tetapi bila fikirkan semula, Sang Kancil ni macam mengajar menipu sahaja, betulkah?

Kebaikan hadiah buku seperti buku tulis dapat digunakan kembali oleh para pelajar. Jika diberi semasa Majlis Anugerah Cemerlang pada hujung tahun, para pelajar dapat menggunakan kembali pada tahun hadapan. Jimat belanja untuk beli buku tulis baru.

3. Alat Tulis

Untuk alat tulis biasanya didatangkan dalam satu pakej beserta kotak pencil. Zaman dahulu kotak pencil besi. Dalamnya akan ada beberapa batang pensil 2B, pemadam, pengasah pensil dan pembaris plastik.

Untuk sekolah menengah, cenderahati atau hadiah biasanya set lukisan geometri, kotak pensil dan pen. Para guru memberikan hadiah sebegini untuk manfaat semula kepada para pelajar.

4. Medal dan Trofi

Ini biasanya penganugerahan semasa Hari Sukan. Setiap pelajar akan diberikan rumah sukan. Ada rumah sukan yang nama warna, nama kenderaan, nama gunung dan banyak lagi. Jika seorang pelajar aktif dalam olahraga dan menjadi atlet harapan, dia bukan sahaja dapat satu medal atau trofi tetapi akan dapat lebih daripada satu.

Bergantung di leher, bangga ibu bapa yang melihat. Lebih hebat, diumumkan sebagai Olahragawan Sekolah. Saham terus melambung tinggi masa tu.

5. Beg

Ini item yang sedikit mahal. Biasanya untuk yang terbaik sahaja akan menerimanya. Contohnya Tokoh Pelajar dan Olahragawan Sekolah. Namun, beg juga dijadikan sumbangan kepada pelajar yang memerlukan. Masih ingat lagi semasa di sekolah rendah, ada rakan yang kurang bernasib baik menerima hadiah beg kain logo Batman. Cemburu tengok sebab cantik.

Banyak lagi sebenarnya item atau barangan yang boleh dijadikan hadiah, cenderahati atau sumbangan kepada para pelajar. Bukan harga barangan yang menjadi ukuran tetapi nilai, tanda kasih sayang dan penghormatan itu yang sebenarnya ingin dibuktikan.

Siapa yang tidak suka terima hadiah bukan? Bagi mereka yang menerima hadiah, ucapkan syukur dan balas jasa dengan belajar bersungguh-sungguh. Bagi yang tidak menerima, usah berduka tetapi teruskan perjuangan kerana kejayaan itu bukannya dari bakat tetapi usaha yang gigih.

ZAINI

018-2122 510

Kredit gambar: www.dailymail.co.uk
Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

8 thoughts on “5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah

    1. Betul Tuan Azwan,

      Sangat setuju kerana barang bermanfaat akan beri faedah kepada kehidupan pelajar di sekolah dan di rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami