Pelanggan

Tempahan Beg Seminar dari Hospital Kerajaan

Sudah agak lama tidak kemaskini blog ini. Sibuk memanjang sehingga tidak sempat menjengah untuk ceritakan sesuatu. Sibuk yang tidak pernah habis.

Jika difikirkan, semua orang mempunyai tempoh masa yang sama. 24 jam. Tidak lebih dan tidak kurang. Jadi, bergantung kepada diri sendiri untuk mengurus masa tersebut sebaiknya.

Tidak cukup seorang diri, kita perlukan kumpulan untuk sama-sama membantu dalam apa jua urusan.

Untuk tempahan kali ini adalah beg seminar (Kod: SB5) dari sebuah hospital kerajaan. Mereka menempah untuk satu majlis iaitu Simulation Workshop 2017. Semoga majlis berjalan lancar.

Kami kongsikan beberapa keping gambar tempahan beg seminar untuk tatapan bersama.

buat-beg-seminar

Terima kasih tuan atas tempahan. Moga berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami akan terus memberi perkhidmatan terbaik dan harap dapat berurusan lagi.

Nak buat beg seminar juga? Whatsapp ke 018-2122510

Pelanggan

Beg Serbaguna Untuk Produk Kosmetik

Syukur kami telah selesai menyempurnakan keperluan pelanggan untuk membuat beg serbaguna. Pelanggan kami adalah pemilik produk kosmetik berjenama Cinta Aldea Beauty. Produk kecantikan yang sesuai untuk wanita dan lelaki yang inginkan kulit sihat dan segar.

Kami bertuah dan berbesar hati kerana dapat membantu secara tidak langsung mencetak logo dan maklumat lanjut produk tersebut pada beg. Jadi, dapat membantu membuat pemasaran percuma kepada mereka kerana kami akan upload gambar beg tersebut di website, Facebook dan juga Instagram.

Jom lihat beg serbaguna untuk kegunaan produk kosmetik ini.

beg-agen-kosmetikbeg-kosmetik

Produk Cinta Aldea Beauty juga membuka peluang kepada yang berminat untuk menjadi agen dan sama-sama menjana pendapat. Boleh juga tampung pendapatan kita tambahan pada zaman ekonomi kurang baik (ada ke tahun ekonomi baik?)

Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi peluang untuk membantu pihak Cinta Aldea Beauty. Moga bisnes produk kosmetik dapat membantu lebih ramai pengguna memiliki kulit yang sihat dan cantik.

Berminat untuk buat beg serbaguna juga? Klik Whatsapp 018-2122510

Pelanggan

Botol Air Untuk Kejohanan Ragbi Universiti

Pertama sekali, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada puan yang menempah botol air untuk acara sukan di universiti. Sebuah universiti tempatan di utara tanahair. Beliau menempah untuk kejohanan ragbi di universiti.

Walaupun berada jauh di utara tetapi kami sebenarnya telah membuat penghantaran hanya di sekitar Subang kerana beliau berada berdekatan. Untuk makluman, kami boleh membuat penghantaran secara Cash on Delivery (COD) / Bayaran Tunai Semasa Penghantaran di sekitar Petaling Jaya meliputi kawasan terdekat seperti:

  • Petaling Jaya Selatan
  • Petaling Jaya Utara
  • Kelana Jaya
  • Subang
  • Subang Jaya
  • Kuala Lumpur

Kiranya kawasan berdekatan, kami boleh menghantar cenderahati pilihan anda tanpa dikenakan caj. Jika terlalu jauh, kami terpaksa mengenakan caj penghantaran.

Untuk luar kawasan Lembah Kelang, kami akan membuat penghantaran melalui Poslaju atau courier lain bergantung kepada kehendak anda. Jika lebih jimat, kami boleh usahakan apa-apa penghantaran yang sesuai.

Botol air sangat sesuai dijadiakan hadiah hari sukan dan juga dijadikan cenderahati tanda sumbangan kepada para peserta. Botol air ini jenis boleh dilipat dan dikecilkan (foldable), bermaksud jika tidak diisi air, boleh disimpan dalam ruang yang kecil. Lipat masuk poket pun boleh.

Botol air foldable ini ( BT 19) didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu biru, oren dan pink. Jika tempahan banyak, biasanya pelanggan akan campur pilihan warna yang ada. Biar nampak kepelbagaian warna. Sebab setiap orang pasti ada warna kegemaran dan tidak mungkin sama citarasa.

Jom kami kongsikan gambar botol air beserta cetakan untuk tatapan anda.

buat botol air

cenderahati hari sukan

cenderahati korporat

Jadi bagaimana? Berminat untuk mendapatkan botol air ini? Hehe.

Untuk makluman, harganya hanya RM6.90 seunit termasuk cetakan untuk tempahan 100 unit. Lebih murah dari sekeping personal pan pizza.

Jika berminat, klik Whatsapp 018-2122510 dan kami akan sepantas delivery pizza akan membalas pertanyaan anda 🙂

Pelanggan

Kini Cetakan Beg dengan Warna Penuh (Full Color)

Berita baik untuk anda yang inginkan cetakan berwarna (full color). Kami kini sudah dapat memberi perkhidmatan cetakan cenderahati korporat khusus untuk beg dengan servis tersebut.

Cetakan full color ini hanya terhad untuk beg sahaja. Buat masa sekarang, akan datang insyALLAH, mungkin dapat diperluasan kepada barangan lain pula. Sebarang jenis beg sama ada:

Pertama kali kami menerima tempahan cetakan full color adalah untuk beg serbaguna (MB 6). Boleh lihat hasilnya seperti di bawah:

tempah-beg-full-color

buat-beg-sekolah

Lihat pula respon positif daripada pelanggan yang telah menerima beg di atas:

testimoni-cetak-beg

Kami harap dengan pilihan untuk full color dapat memberikan lebih kepuasan kepada anda. Mengenai harganya pula, biasalah lebih tinggi beberapa ringgit berbanding 1 warna cetakan tetapi masih mampu milik.

Teringin nak buat full color printing beg, cepat-cepat whatsapp nombor di bawah:

018-2122510 (ZAINI)

Payung, Pelanggan

Tempahan Payung Untuk Aktiviti Persatuan

Tempahan cenderahati kali ini datangnya dari Kajang, Selangor. Seorang guru menempah payung kod UM22 untuk aktiviti persatuan. Beliau menempah payung dengan pelbagai warna. Payung kod UM22 ada tiga jenis pilihan corak iaitu biru, oren dan merah.

Alhamdulillah, selamat dihantar kepada pihak puan guru. Penghantaran dibuat secara berjumpa dan  pembayaran secara Tunai Semasa Penghantaran atau orang biasa sebut COD (Cash On Delivery).

Untuk makluman, kami juga menerima pembayaran secara COD namun tempatnya ditentukan oleh pihak kami. Jika jauh dari Petaling Jaya bukan COD namanya. Hehe.

Kami kongsi serba sedikit hasilnya selepas cetakan.

payung-cenderahati

payung-murah

tempah-payung

Kami sangat seronok dapat berurusan dengan puan guru. Reaksi pertama beliau adalah proses cetakan payung sangat pantas. Walaupun proses buat payung atau cenderahati korporat lain mengambil masa 2 minggu, namun jika siap awal, lebih cepat kami hantarkan.

Semoga puan guru berpuas hati dengan payung yang diterima. Terima kasih daripada kami.

Ingin buat payung murah? WhatsApp “PAYUNG” ke 018-2122510 sekarang.

Pelanggan

Tempahan Payung Dari Terengganu

Salam sejahtera,

Seperti mana yang dijanji pada artikel 5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah, kami bawakan kepada anda pelanggan yang menempah payung bersama kami.

Beliau menempah mewakili sebuah agensi kerajaan yang beroperasi di Kuala Terengganu. Payung bersaiz 30 inci menjadi pilihan. Tahukah anda, ini adalah saiz payung yang paling besar kami miliki.

Jika dibuka payung ini, boleh muat 2 orang dewasa. Kalau berjalan di dalam hujan tiada masalah basah terkena air.

Continue reading “Tempahan Payung Dari Terengganu”

Pelanggan

Tempahan Thermo Mug untuk Kilang dari Cheras

Tempahan cenderahati korporat kali ini adalah Thermo Mug. Kami menerima tempahan sebanyak 60 unit dari sebuah kilang di Cheras, Selangor. Mereka menempah Thermo Mug code M2 Delima untuk majlis makan malam staff.

thermo-mug-cenderahati

Kami telah berjaya menghantar kepada pelaggan. Daripada permeriksaan awal, kuantiti  adalah mencukupi dan pada pandangan mata kasar, semuanya berada dalam keadaan baik.

Namun, semasa pemeriksaan lanjut, pelanggan mendapati ada penutup yang rosak. Mereka telah memaklumkan kepada kami dan kami telah berjaya menggantikan dengan penutup yang baru.

Biasalah, dalam banyak-banyak barangan terutamanya mug, pasti ada 1 atau 2 kerosakan. Paling penting, barangan yang rosak dapat diganti tanpa sebarang kos kepada pelanggan.

Istimewa untuk anda, jika kami menerima tempahan cenderahati korporat seperti mug dan pen, biasanya kami akan buat dalam kuantiti yang lebih (+1 atau +2). Ini kerana barangan cenderahati ini mempunyai tahap mudah pecah/rosak yang agak tinggi.

ganti-rugi-mug-rosak
Penutup Mug yang Rosak

 

Tetapi usah bimbang, jika rosak kami akan gantikan dengan yang baru. Sama ada ganti barang atau dengan bayaran tunai setara dengan harga barang.

Sangat tidak beretika membiarkan sahaja kerosakan apa-apa tindakan daripada penjual. Pelanggan pun akan hilang kepercayaan kerana peniaga tidak bertanggungjawab. Pasti akan memberikan reputasi buruk kepada penjual.

Jadi, itulah cerita tempahan cenderahati korporat kali ini. Jika anda bercadang untuk membuat hadiah bagi majlis syarikat, sekolah atau sebarang aktiviti, dipersilakan untuk menghubungi kami. Khidmat nasihat percuma!

Yang sedia membantu dan memberi jaminan 🙂

ZAINI

WhatsApp: 018-2122510