Memilih pembekal cenderahati korporat yang tepat untuk program dan majlis anda adalah penting dalam menentukan kejayaan perjalanan aktiviti tersebut.
Pembekal, vendor atau supplier yang baik boleh memberikan cenderahati berkualiti tinggi, menawarkan pilihan mengikut bajet dan menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai.
Mereka juga membantu anda memberi idea yang bernas walaupun ada kalanya tiada pembelian dibuat.
Berikut ialah langkah yang perlu anda ambil untuk memilih pembekal cenderahati terbaik untuk keperluan program anda:
Membuat cenderahati korporat dengan bajet terhad adalah satu cabaran besar. Melebihi bajet yang ditetapkan akan menyebabkan kita terlepas cenderahati idaman.
Bajet atau belanjawan adalah faktor utama sebelum membuat keputusan untuk menempah cenderahati. Sebab ianya berkaitan dengan duit, wang atau fulus. Lebih kurang, maka lebih baik sebab lebihan wang boleh digunakan untuk perkara lain.
Cenderahati korporat adalah satu nilai dan kenangan untuk anda. Jadi sudah pasti anda mahukan yang terbaik dalam setiap pelaburan anda.
Berapa bajet anda?
Setiap orang atau organisasi mempunyai bajet yang berlainan. Ada yang kurang, ada juga yang lebih. Tidak kira berapa bajet anda, kami sedia membantu.
Ramai menghubungi kami memberitahu ingin buat cenderahati korporat tetapi bajet terhad. Jangan bimbang, ada caranya.
Jika dapat penuhi, kami akan berikan contoh-contoh cenderahati korporat dalam lingkungan harga tersebut.
Jika bajet anda tidak dapat memenuhi cenderahati yang ada, kami mohon maaf.
Apa penyelesaian untuk buat cenderahati dengan bajet terhad?
Untuk harga cenderahati, jika bajet terhad atau bajet rendah masih boleh buat, tiada masalah.
Ada beberapa situasi yang mungkin anda alami:
1. Kuantiti melebihi 100 unit dan bajet RM5 seunit.
Ini memang tiada masalah sebab ada banyak jenis cenderahati seperti Plastik Pen, Metal Pen, Key Chain, Alat Tulis dan Lanyard. Anda boleh lihat pada senarai kategori sebelah.
2. Kuantiti 30 unit dan bajet RM10
Ini juga banyak bentuk cenderahati korporat yang boleh dipilih. Contohnya Eco Color Pensil, Note Pads dan Woven Bag.
3. Kuantiti 30 unit dan bajet anda RM5.
Maaf, kami tiada barangan yang sesuai untuk anda.
Untuk cenderahati korporat, lebih banyak tempahan, maka harga per unit (seunit) akan lebih murah. Mana-mana pembekal juga akan memberikan keistimewaan yang sama.
Jadi untuk mendapat harga terbaik sesuai dengan bajet anda, tempah pada kuantiti yang tinggi.
Walau apa pun bajet anda, amat dialu-alukan untuk bertanya kepada kami. Kami sedaya upaya membantu anda. Kami amat-amat memahami situasi anda kerana kami juga pengguna seperti anda.
Khidmat nasihat dan bantuan adalah percuma. Cepat ambil telefon dan whatsapp kami. Bertanyalah kerana ianya percuma.
Untuk lebih mudah membuat peracangan, anda boleh download Katalog dan Senarai Harga di sini. Melalui pricelist, anda boleh buat kira-kira awal cenderahati korporat yang sesuai dengan bajet anda.
Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.
Cenderahati korporat untuk syarikat merupakan satu perkara yang sangat penting. Tidak kira walau sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik.
Semuanya ada nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat.
Jadi, kami kongsikan 5 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:
1. Agen Pemasaran Bergerak
Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.
Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan.
Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.
Cenderahati korporat sebegini boleh masuk sehingga ke dalam rumah anda. Bayangkan syarikat anda dilihat setiap hari pada mug, buku dan sebagainya.
2. Kesedaran Pada Jenama
Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati.
Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.
Kredit gambar: giphy.com
Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda.
Orang kenal jenama syarikat anda melalui logo yang unik, motto dan sebagainya.
Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka.
Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat, seperti melihat iklan yang ditayang di televisyen.
3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada
Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk.
Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.
Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.
4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru
Anda pernah menerima cenderahati percuma daripada booth agen insuran?
Mungkin pernah menerima sebatang pen atau buku nota. Pastinya pen dan buku nota tersebut dicetak dengan logo syarikat. Kita jadi seronok dapat benda percuma.
Siapa yang tidak suka dapat benda percuma walaupun sebiji gula-gula.
Apa tujuannya?
Sudah pasti untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka.
Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.
Selepas dapat hadiah percuma, mereka akan berbual-bual, tanya itu ini dan akhirnya kita menjadi selesa. Seterusnya memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.
Untung-untung dapat buat jualan dengan kita.
5. Membina Hubungan Bisnes yang Berpanjangan
Kita buat bisnes bukan untuk sehari. Kalau boleh sehingga kita tua dan dapat mewarisi bisnes seperti Megah Holding kepada anak-anak mereka.
Papa bangga dengan kamu!
Hubungan bisnes ini pula bukan sekadar dengan pelanggan sedia ada tetapi kepada setiap pihak yang bekerjasama dengan bisnes kita seperti pembekal, konsultan, rakan dan sebagainya.
Dengan cenderahati korporat, kita dapat membina hubungan bisnes dengan lebih erat kerana saling menghargai satu sama lain.
Mungkin ada lagi yang nak tambah? Silakan.
Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.
Jawapan ringkas kepada soalan di atas adalah YA. Kita memang perlu dapatkan sebut harga.
Sebut harga atau orang kampung saya panggil quotation adalah maklumbalas harga barangan selepas mendapat pertanyaan daripada pelanggan.
Ringkasnya, bila orang tanya harga, kita jawab. Jadi itulah proses sebut harga.
Pelanggan tanya harga untuk tahu kos sebenar dan adakah sesuai dengan bajet mereka.
Zaman millenia yang sudah ada teknologi maklumat, sebut harga tidak hanya melalui kertas cetakan tetapi sudah menjangkau kepada sistem eloktronik seperti email, media sosial dan telefon.
Maklumbalas akan lebih pantas sehinggakan kurang 1 minit kita sudah tahu harga sesuatu barangan.
Kenapa Sebut Harga Diperlukan?
1. Membandingkan Bajet Kewangan
Perkara utama diperlukan sebelum menempah cenderahati adalah bajet atau wang atau duit.
Ada yang mempunyai bajet besar seperti syarikat yang ingin menempah cenderahati untuk staff syarikat.
Ada syarikat yang mempunyai bajet terhad atau sedikit disebabkan oleh staff tidak ramai. Ada badan kerajaan seperti sekolah yang mempunyai bajet tersendiri.
Semuanya berasaskan kepada kantung kewangan sendiri. Dari situ barulah mereka dapat membandingkan barangan yang ingin ditempah dengan bajet yang ada.
Sebab itu, sangat penting sebut harga untuk diperoleh.
2. Perbandingan Harga
Sekurang-kurangnya ada perlukan tiga (3) sebut harga untuk syarikat/sekolah membuat perbandingan harga.
Ini sangat penting kerana tanpa perbandingan kita tidak mengetahui sebenarnya boleh berjimat dengan pembekal lain yang menawarkan harga lebih murah dengan barangan yang sama.
3. Pelbagai Pilihan Cenderahati Korporat
Tidak semua pembekal dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Itu normal.
Namun, pembekal dapat memberikan pilihan cenderahati yang ada dalam simpanan rekod mereka.
Contohnya, jika kita ingin membuat payung bewarna merah, pilihan-pilihan berikut mungkin ada pada setiap pembekal:
Ada pembekal yang mempunyai payung jalur merah
Ada pembekal yang mempunyai payung merah keseluruhan
Ada merah gelap, ada merah terang dan sebagainya.
Oleh demikian, kita mempunyai banyak pilihan. Kami yakin dan percaya, walaupun anda telah menetapkan warna atau tema tertentu tetapi pilihan yang diterima pelbagai, anda boleh jadikan sebagai idea untuk menambah baik keperluan cenderahati yang diinginkan.
Dapatkan Sebut Harga Untuk Penilaian
Ringkasnya,
Mohon sebutharga terutamanya jika barangan yang ditempah dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai.
Ambil masa untuk membuat penilaian satu persatu terutamanya jika ada kos-kos tersembungi
Hubungi penjual dan bertanya jika inginkan penjelasan.
Jika anda perlukan sebutharga (quotation), apa kata hubungi kami sekarang. Klik sahaja link di bawah untuk Whatsapps kepada kami.
Jawapan ringkas kepada soalan di atas adalah YA. Kita memang perlu dapatkan sebut harga.
Sebut harga atau orang kampung saya panggil quotation adalah maklumbalas harga barangan selepas mendapat pertanyaan daripada pelanggan. Ringkasnya, bila orang tanya harga, kita jawab. Jadi itulah proses sebut harga.
Zaman millenia yang sudah ada teknologi maklumat, sebut harga tidak hanya melalui kertas cetakan tetapi sudah menjangkau kepada sistem eloktronik seperti email, media sosial dan telefon. Maklumbalas akan lebih pantas sehinggakan kurang 1 minit kita sudah tahu harga sesuatu barangan.
Kenapa Sebut Harga Diperlukan?
1. Membandingkan Bajet Kewangan
Perkara utama diperlukan sebelum menempah cenderahati adalah bajet atau wang atau duit. Ada yang mempunyai bajet besar seperti syarikat yang ingin menempah cenderahati untuk staff syarikat. Ada syarikat yang mempunyai bajet terhad atau sedikit disebabkan oleh staff tidak ramai. Ada badan kerajaan seperti sekolah yang mempunyai bajet tersendiri.
Semuanya berasaskan kepada kantung kewangan sendiri. Dari situ barulah mereka dapat membandingkan barangan yang ingin ditempah dengan bajet yang ada. Sebab itu, sangat penting sebut harga diperoleh
2. Perbandingan Harga
Tiga (3) sebut harga sangat bagus dan diperlukan untuk syarikat/sekolah membuat perbandingan harga. Ini sangat penting kerana tanpa perbandingan kita tidak mengetahui sebenarnya boleh berjimat dengan pembekal lain yang menawarkan harga lebih murah dengan barangan yang sama.
3. Pelbagai Pilihan Cenderahati Korporat
Tidak semua pembekal dapat memenuhi keperluan dan kehendak kita. Itu normal. Namun, pembekal dapat memberikan pilihan cenderahati yang ada dalam simpanan rekod mereka. Contohnya, jika kita ingin membuat payung bewarna merah, pilihan-pilihan berikut mungkin ada pada setiap pembekal:
Ada pembekal yang mempunyai payung merah keseluruhan
Ada merah gelap, ada merah terang dan sebagainya.
Oleh demikian, kita mempunyai banyak pilihan. Kami yakin dan percaya, walaupun anda telah menetapkan warna atau tema tertentu tetapi pilihan yang diterima pelbagai, anda boleh jadikan sebagai idea untuk menambah baik keperluan cenderahati yang diinginkan.
Dapatkan Sebut Harga Untuk Penilaian
Ringkasnya,
Mohon sebutharga terutamanya jika barangan yang ditempah dalam kuantiti yang banyak dan pelbagai.
Ambil masa untuk membuat penilaian satu persatu terutamanya jika ada kos-kos tersembungi
Hubungi penjual dan bertanya jika inginkan penjelasan.
Hubungi 018-2122 510 dan mohon sebut harga hari ini!
Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai 5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah. Artikel tersebut khusus untuk para guru atau pengendali barangan cenderahati untuk sekolah. Kami sediakan sebagai idea awal untuk mereka membuat perancangan dan budget.
Untuk artikel kali ini, kami ingin berikan beberapa idea cenderahati korporat atau hadiah untuk kegunaan majlis di pejabat pula. Cenderahati ini sesuai untuk pejabat atau syarikat yang mempunyai staff yang sedikit ataupun ramai.
Selain dapat digunakan oleh staff, cenderahati ini juga dapat memberi satu penghargaan kepada staff atas usaha keras mereka membangunkan syarikat. Walaupun dibayar dengan gaji, namun segala penat lelah sekurang-kurangnya dapat terubat dengan sumbangan hadiah daripada majikan.
Staff seronok dapat penghargaan, pada masa yang sama syarikat akan lebih berdaya maju kerana menerima motivasi tinggi melalui penghargaan sebegini.
Sebenarnya, cenderahati perlu sesuai dengan majlis, tempat dan juga watak penerima. Walaupun backpack boleh diberikan kepada semua orang tetapi adalah tidak munasabah backpack tadika diberikan semasa annual dinner syarikat. Untuk pelajar tadika, sangat bersesuaian.
Jadi, perlu ada kesesuaian bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.
Jom kita lihat 5 pilihan cenderahati korporat untuk majlis di pejabat: