Raikan Pekerja Dengan Mug Kenangan

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Salam sejahtera pembaca budiman,

Pejam celik, pejam celik kita sudah hampir kepada Ramadhan. Bulan keberkatan, murah rezeki, pahala ibadah yang berlipat ganda dan banyak lagi kelebihannya. Awal bulan depan kita akan sama-sama mengharungi bulan penuh nikmat ini. Insya-Allah.

Untuk post kali ini, kami ingin berkongsi tempahan dari seorang pekerja sebuah syarikat. Tempahan seramik mug (Code CM 26) untuk para pekerjanya. Ia sebagai tanda kenang-kenangan. Itu maklumannya kepada kami.

Penuh satu kereta sebab ada 5 kotak besar untuk isi 250 biji mug ini! Kami belanja satu sahaja gambar mug, sebab yang lain ada dalam kotak besar.

tempahan-mug

buat-mug

Semua seramik mug bercetak tulisan kenang-kenangan yang akan diberi semasa Family Day telah berjaya dihantar kepada beliau. Respon pertama sangat berpuas hati. Kami tumpang gembira sebab dapat membantu beliau memberi cenderahati kenangan kepada pekerjanya.

Kadang-kala dengan cenderahati sebegini dapat memberikan satu motivasi tinggi kepada para pekerja. Sebabnya, mereka akan rasa dihargai, disayangi dan prihatin oleh majikan.

Terima kasih puan yang menempah. Moga dapat memberikan yang terbaik pada para pekerja. Kepada pekerja pula, lakukan sehabis baik, bertanggungjawab dan bersemangat.

Selamat Hari Pekerja walaupun sudah 19 hari berlalu. Hehe.

Kepada anda yang ingin mengetahui harga cenderahati korporat. Boleh download senarai harga. Klik Download Senarai Harga Cenderahati Korporat.

Jumpa lagi

ZAINI

018-2122510

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

One thought on “Raikan Pekerja Dengan Mug Kenangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami