Pelanggan

Tempahan Payung Dari Terengganu

Salam sejahtera,

Seperti mana yang dijanji pada artikel 5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah, kami bawakan kepada anda pelanggan yang menempah payung bersama kami.

Beliau menempah mewakili sebuah agensi kerajaan yang beroperasi di Kuala Terengganu. Payung bersaiz 30 inci menjadi pilihan. Tahukah anda, ini adalah saiz payung yang paling besar kami miliki.

Jika dibuka payung ini, boleh muat 2 orang dewasa. Kalau berjalan di dalam hujan tiada masalah basah terkena air.

Continue reading “Tempahan Payung Dari Terengganu”

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:
Pelanggan

Tempahan Payung Family Day dari Kuala Lumpur

Salam sejahtera pembaca budiman,

Sudah lama tidak post sebarang kemaskini pada blog ini. Mungkin sebab sibuk tapi itu bukan satu alasan untuk biarkan blog bersawang. Padahal, urusan bisnes berjalan seperti biasa.

Baiklah, tempahan kali ini dari sebuah institusi kesihatan di Kuala Lumpur. Tempahan payung berserta cetakan. Melihat kepada cetakan pada payung, pelanggan ingin gunakan untuk Family Day. Satu aktiviti yang sangat kerana dapat mengeratkan silaturrahim.

tempahan payung

payung murah

Harga payung juga sangat berpatutan. Tempah sedikit mungkin mahal tetapi bila tempah dalam kuantiti banyak, harga seunit lebih murah. Anda boleh tempah minimum 30 unit payung tetapi seeloknya biarlah dalam gandaan seratus. Hehe. Gurau sahaja.

Terima kasih kepada puan yang menempah. Dari maklum balas yang diterima, semua payung yang dibekalkan dalam keadaan baik. Moga dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.

Kami nak beritahu. Sekarang sudah ada katalog cenderahati baru. Untuk tahun 2016, yang semestinya ada banyak pembaharuan dan produk baru. Payung pun ada tambah juga. Bolehlah cuci mata melihat katalog, klik sahaja link kategori di sebelah untuk membuat pilihan.

Semoga berjumpa lagi. Nak buat cenderahati untuk majlis dan akitiviti?

WhatsApp “GIFT” ke 018-2122510 sekarang!

-ZAINI-

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama: