Pelanggan

Jabatan Hadiahkan Beg Sempena Hari Jadi. Terbaik!

Dulu masa kecil bila sampai tarikh ulang tahun kelahiran, kita sangat teruja. Ibu bapa, adik beradik dan sahabat akan ucapkan selamat pada kita. Sampai malu jadinya lebih-lebih lagi diumum dan dinyanyikan dalam kelas.

Bila ada Facebook, segalanya berubah. ‘Ucapan’ hari lahir hanya sekadar tulisan di Wall. Tiada lagi sentuhan bermakna, ucapan berhadapan (face-to-face) dan nyanyian. Mungkin ini cara orang sekarang menyampaikan hasrat.

hadiah beg harijadi

Walau apa pun, sangat bagus sebenarnya memberi ucapan selamat ulang tahun dengan doa kesejahteraan dan panjang umur. Sekurang-kurangnya kita menghargai orang sekeliling kita. Bagus!

Baiklah, berbalik kepada tempahan beg yang kami terima. Tempahan kali ini dari Jabatan Farmasi sebuah hospital kerajaan. Sudah masuk line goverment ni. 🙂

Continue reading “Jabatan Hadiahkan Beg Sempena Hari Jadi. Terbaik!”