Cenderahati Pilihan, Panduan

5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai 5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah. Artikel tersebut khusus untuk para guru atau pengendali barangan cenderahati untuk sekolah. Kami sediakan sebagai idea awal untuk mereka membuat perancangan dan budget.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berikan beberapa idea cenderahati korporat atau hadiah untuk kegunaan majlis di pejabat pula. Cenderahati ini sesuai untuk pejabat atau syarikat yang mempunyai staff yang sedikit ataupun ramai.

Selain dapat digunakan oleh staff, cenderahati ini juga dapat memberi satu penghargaan kepada staff atas usaha keras mereka membangunkan syarikat. Walaupun dibayar dengan gaji, namun segala penat lelah sekurang-kurangnya dapat terubat dengan sumbangan hadiah daripada majikan.

Staff seronok dapat penghargaan, pada masa yang sama syarikat akan lebih berdaya maju kerana menerima motivasi tinggi melalui penghargaan sebegini.

Sebenarnya, cenderahati perlu sesuai dengan majlis, tempat dan juga watak penerima. Walaupun backpack boleh diberikan kepada semua orang tetapi adalah tidak munasabah backpack tadika diberikan semasa annual dinner syarikat. Untuk pelajar tadika, sangat bersesuaian.

Jadi, perlu ada kesesuaian bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.

Jom kita lihat 5 pilihan cenderahati korporat untuk majlis di pejabat:

Continue reading “5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat”

Pelanggan

Tempahan Beg Untuk Guru Sekolah

Salam sejahtera,

Tempahan kali ini dari guru sekolah dan ianya stimewa untuk para guru. Puan guru menempah Towel @ Shoes Bag model Viva (TSB 5). Towel @ shoes bag ini ada dua variasi warna iaitu hitam dan merah. Beg ini boleh dijadikan hadiah hari guru, hadiah aktiviti sukan, simpan kasut, tuala dan pelbagai barangan peribadi.

Tambahan, ada pemegang. Jadi boleh dibawa atau sangkut di mana-mana tempat. Jika dilihat pada saiz ukuran 15 inci” x 8inci x 5 inci, boleh dimasukkan tuala kecil, alat mandi dan alat solekan.

Menariknya lagi, beg ini ada aliran udara (air flow). Jadi pakaian akan sentiasa segar tanpa bau kerana ada pengaliran udara keluar.

Untuk tempahan ini, kami hanya lakukan secara Cash On Delivery (COD) atau bayaran baki semasa penghantaran. Sebab utama puan guru berada berhampiran Petaling Jaya. Jadi lebih mudah berurusan. Jika COD, dapat jimat kos penghantaran Poslaju.

Kami kongsi sedikit beberapa gambar beg.

beg tuala

beg tuala

Terima kasih kami ucapkan. Moga puan terus maju dalam memandaikan bangsa Malaysia.

Ingin buat beg untuk sekolah anda? Kami sedia membantu, WhatsApp 018-2122 510