Soalan Lazim

Soalan lazim adalah himpunan soalan yang biasa ditanya oleh bakal pelanggan. Sila baca sebagai panduan dan untuk lebih kefahaman.

1.  Butiran lengkap GiftStore.my?

Dimiliki oleh MOZAS GLOBAL RESOURCES (002392005-P). Kami merupakan perniagaan berdaftar. Beroperasi secara dalam talian (online) sepenuhnya.

2. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh GiftStore.my?

Kami menyediakan perkhidmatan tempahan cenderahati korporat, berkumpulan dan individu untuk pelbagai aktiviti dengan rekabentuk (design) sendiri. Design sendiri bermakna anda boleh menempah menggunakan apa sahaja rekabentuk yang telah anda sediakan sendiri. Pihak kami akan mencetak untuk anda.

3. Bagaimana cara untuk menempah cenderahati?

Pihak kami telah menyediakan katalog cenderahati untuk anda pilih . Anda boleh rujuk gambar produk pada sebelah kanan Katalog Cenderahati.

Selepas pertanyaan, kami akan membalas & memberikan harga sebenar dalam masa 24 jam.

4. Bagaimanakah proses tempahan berlaku?

Pelanggan buat pertanyaan / hantar borang sebut harga —> Kami hantar maklumbalas —> Pelanggan setuju & bayar deposit —> Proses cetakan bermula —> Cenderahati siap dicetak dan dipos kepada pelanggan

5. Adakah saya boleh menempah cenderahati jika tidak pandai design?

Pihak kami boleh design untuk anda, namun kos RM40 setiap design akan dikenakan. Butiran yang akan diletakkan pada design juga diperlukan daripada pihak anda untuk memudahkan kerja-kerja design.

6. Berapakah jumlah minimum tempahan cenderahati?

  • 100 units
  1. Pen, Lanyard
  2. Key chain
  3. Alat Tulis
  4. Bendera
  5. Miscellaneous
  6. Packing Series
  • 30 units
  1. Notepad
  2. Mug
  3. Bag
  4. Holder
  5. Drinkware
  6. Trophies
  7. Medal
  8. Crystals Series
  9. Plaques
  10. Medal Ribbon & Velvet Box
  11. Casing Souvenirs
  12. Wooden Series
  13. Body Wears
  14. Uniform

7. Berapakah jumlah deposit untuk setiap tempahan?

Deposit (bayaran pendahuluan) sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan. Contohnya, jika jumlah keseluruhan adalah RM400, deposit sebanyak RM200 diperlukan. Pihak kami tidak akan memproses tempahan tanpa deposit.

8. Berapa lamakah tempahan boleh disiapkan?

Proses cetakan bermula selepas pengesahan design dan wang deposit diterima. Proses cetakan mengambil masa 14 hari berkerja. Namun begitu, penghantaran akan lebih pantas sekiranya proses cetakan siap lebih awal.

Jika anda masih mempunyai keraguan & pertanyaan, kami mengalu-alukan pertanyaan anda. Sila klik Hubungi Kami untuk bantuan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *