cenderahati korporat pilihan
Cenderahati Pilihan

7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023

Sudah masuk dua minggu kita menjengah tahun baru 2023. Pejam celik, pejam celik sekejap masa berlalu. Untuk tahun 2023, kami ingin berkongsi 5 cenderahati korporat terbaik pilihan kami untuk tahun 2023.

Cenderahati ini mendapat permintaan dan pertanyaan yang tinggi oleh pelanggan. Mungkin untuk dijadikan hadiah sempena majlis di sekolah atau pejabat.

Jom sama-sama kita lihat.

1. Thermo Mug

Thermo mug adalah bekas minuman yang tahan panas. Oleh kerana tahan panas, ia sesuai untuk digunakan untuk membancuh kopi, teh, milo dan sebagainya.

Biasanya dijadikan cenderahati untuk staff di pejabat dan juga pelajar di sekolah.

tempah thermo mug
Continue reading “7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023”
Cenderahati Pilihan

Organiser Planner Beserta Kalendar 2019

Semasa blog post ini ditulis, kita sudah berada di hujung bulan Oktober 2018. Ini bermaksud, kita sudah menghampiri penghujung tahun 2018. Pejam celik, masa terasa berlalu terlalu cepat. Beberapa bulan lagi kita akan bertemu tahun 2019.

Banyak cita-cita, impian dan azam tahun 2018 belum habis tercapai. Tak mengapa, teruskan sahaja asalkan ada perkembangan positif dari semasa ke semasa.

Baiklah, sempena hujung tahun 2018, kami ketengahkan satu produk yang sesuai untuk dijadikan cenderahati korporat menjelang tahun baru iaitu Organizer. Ada juga orang sebut Planner, Diari dan personal assistant.

Semuanya membawa maksud yang sama kerana organizer digunakan untuk:

  1. Mencatat ativiti seperti mesyuarat, temujanji
  2. Menyusun masa dan tarikh supaya lebih kemas dan teratur
  3. Membuat perancangan aktiviti masa depan
  4. Mencatat nota penting seperti nota mesyuarat
  5. Merujuk kalendar untuk rujukan

Dengan adanya organizer, kita tidak akan terlupa jika perlu membuat rujukan. Pada masa yang sama perjalanan tugasan seharian akan menjadi tersusun. Organizer yang baik mempunyai:

  1. Kalendar
  2. Kolum tarikh tahunan
  3. Nota catitan

Untuk sebuah syarikat korporat dan sekolah, pemilihan organizer perlu sesuai dengan imej syarikat. Organizer perlu nampak esklusif, professional dan terkini.

Berita baik untuk anda yang mencari organizer murah dan berpatutan, kami ada sediakan pelbagai design sesuai untuk kegunaan syarikat dan dijadikan hadiah cenderahati.

Jom lihat katalog organizer di bawah:

corporate gift cenderahati korporat - PU organizer

corporate gift cenderahati korporat - PU organizer

corporate gift cenderahati korporat - PU organizer

corporate gift cenderahati korporat - PU organizer

Nak tempah organiser untuk dijadikan cenderahati?

Tel/SMS/WhatsApp:

  • 018-2122 510 (Mohd)
  • 011-27289912 (Shahrul)
  • 010-4546721(Nurol)

atau

KLIK DI SINI UNTUK WHATSAPP KEPADA KAMI

Cenderahati Pilihan

Katalog Cenderahati Korporat Terkini 2018

Katalog cenderahati korporat untuk tahun 2018 sudah tersedia di website kami. Menariknya, katalog kali ini dikemaskini dengan lebih banyak barangan dengan pelbagai bentuk, corak dan warna.

Semua kategori produk mempunyai item baru seperti backpack, bekas minuman.

Jom lihat beberapa produk terbaru untuk tahun 2018.

 

 

 

Klik link kategori produk untuk melihat katalog. Atau anda boleh hubungi kami di

Tel/SMS/WhatsApp:

  • 018-2122 510 (Mohd)
  • 011-2728 9912 (Shahrul)
  • 010-4546 721(Nurol)
Cenderahati Pilihan

Anda Penjual Kereta? Ini 8 Cenderahati Korporat Sesuai Untuk Pelanggan Anda

Boleh dikatakan semua orang suka hadiah (free gift) semasa membeli sesuatu. Hadiah adalah tanda penghargaan penjual kepada pelanggan untuk mengeratkan lagi hubungan perniagaan.

Begitu juga jika kita membeli kereta. Tidak kira sama ada kereta baru atau terpakai, sebagai pelanggan kita akan menerima hadiah daripada penjual kereta atau orang panggil salesman kereta.

Apa agaknya cenderahati untuk salesman kereta?

Selain hadiah kepada pelanggan sebagai tanda penhargaan menggunakan perkhidmatan kita, hadiah ini juga menjadi satu agen pemasaran terbaik untuk mengembangkan lagi perniagaan anda. Logo yang dicetakan pada hadiah akan kelihatan di mana sahaja pelanggan anda berada.

Pelanggan yang berpuas hati akan menceritakan kebaikan perkhidmatan anda kepada rakan-rakan, ibu bapa, jiran-jiaran dan sesiapa sahaja yang nak beli kereta.

Dengan adalah media sosial seperti Facebook dan Instagram, sesuatu perniagaan akan mudah tersebar dan berkembang. Jika baik maka baiklah hasil. Namun, jika perkhidmatannya buruk, cerita kurang enak biasanya akan lebih laju bergerak.

Antara barangan yang menjadi kebiasaan seperti kunci kenderaan, baucer tinted, baucer cuci kereta dan sebagainya. Dalam post kali ini, kami kongsikan khas untuk anda salesman kereta, hadiah yang boleh dijadikan tanda kenangan dan terima kasih untuk pelanggan anda.

1.  Payung

Kereta dengan payung memang tidak dapat dipisahkan. Waktu hujan adalah masa yang paling memerlukan payung untuk melindungi basah hujan.

Ada pelbagai jenis payung di pasaran. Pelbagai saiz. Untuk hadiah payung, saiz paling ideal adalah melebihi 21 inci dan ke atas kerana dapat memayungi keseluruhan badan.

Di GiftStore.my, kami menyediakan pelbagai jenis payung dari segi saiz, warna dan bentuk. Untuk penjimatan, kami menawarkan harga promosi payung botol yang sangat mudah dibawa dan bersaiz 21 inci.

payung botol murah

 

2. Beg Serbaguna

Sesuai dengan namanya beg serbaguna, banyak benda boleh diisi di dalam beg ini. Antaranya tuala, pakaian, barangan peribadi, kunci kereta dan sebagainya.

Kebanyakkan beg serbaguna didatangkan dengan pemegang untuk mudah di bawa ke mana sahaja. Jadi pelanggan anda akan lebih seronok kerana memiliki beg serbaguna yang sangat berfaedah untuk kegunaan harian mereka.

3. Powerbank

Telefon pintar sudah menjadi keperluan utama setiap orang. Disebabkan penggunaan yang sangat maksimum seperti melayari internet, tonton YouTube, bermain games dan Whatsapp, bateri telefon pintar perlu sentiasa berada dalam keadaan penuh atau bersedia.

powerbank murah

Jadi, hadiah power bank sangat bermanfaat untuk kegunaan harian pelanggan anda. Memang boleh charge bateri telefon di kereta tetapi adalah lebih baik anda caj menggunakan power bank kerana dapat menjimatkan penggunaan bateri kereta.

Terdapat juga pendapat menyatakan penggunaan charger di kereta adalah tidak selamat kerana mungkin mempunyai risiko kerosakan pada telefon. Arus yang tidak stabil yang tidak dapat dikawal oleh charger boleh memendekkan hayat bateri telefon. Mengikut seorang jurutera berpengalaman, ianya hanya mitos.

Jadi penggunaan power bank sebagai battery backup adalah lebih baik dan praktikal.

Sebagai seorang salesman kereta, gunakan kebaikan cenderahari korporat powerbank ini untuk memberi lebih nilai kepada perkhidmatan anda.

4. Key Chain

Kunci kereta yang kosong tidak kelihatan menarik tanpa key chain. Jadi, berikan hadiah key chain untuk dijadikan tanda ingatan kepada pelanggan anda. Letakkan logo syarikat dan website di key chain. Ia memadai untuk dijadikan rujukan dan pemasaran.

keychain murah

5. Tuala

Tuala juga salah satu item yang sangat berguna. Boleh lap badan, muka, kereta, motosikal dan lap habuk pada perabot di rumah. Ada beberapa jenis tuala di pasaran seperti tuala mandi, tuala muka dan tuala untuk bersukan.

tuala mandi tuala sukan tuala muka

7. Sun Shades (Pelindung Panas)

Jika kereta diparkir di kawasan terbuka yang terdedah pada panas dan hujan, sun shades sangat berguna untuk meneduhkan suasana di dalam kereta. Walaupun tidak 100% melindungi bahagian dalam kereta daripada kepanasan tetapi sekurang-kurangnya masih dapat menyejukan sedikit ruangan kereta.

sunshade murah

8. T-shirt

Hadiah paling biasa tetapi unik adalah t-shirt. Design pada t-shirt boleh apa sahaja tetapi bagi seorang penjual kereta, pastikan design pada tshirt adalah berkaitan dengan bisnes anda. Tshirt adalah satu pemasaran bergerak yang baik kerana pelanggan membawa jenama anda di mana sahaja mereka berada.

salesman car tshirt

Jika anda sedang memikirkan idea hadiah untuk pelanggan anda dan mempunyai bajet tertentu, sila hubungi kami. Kami sedia membantu.

Hingga berjumpa lagi. Moga bermanfaat.

Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Cenderahati Pilihan

4 Jenis Medal dan Piala Untuk Hari Sukan Sekolah

Aktiviti sekolah pada awal tahun biasanya berasaskan ko-kurikulam seperti Hari Sukan. Tidak kira sama ada sekolah rendah atau menengah, bulan Januari, Februari dan Mac adalah bulan tak belajar 🙂

Hari sukan sekolah atau Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah aktiviti tahunan yang wajib diadakan bertujuan mencungkil bakat para pelajar dalam sukan.

Dulu orang cakap sukan tidak boleh hidup, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bidang sukan sudah mendapat tempat sebagai karier pilihan utama.

Lihat sahaja pemain bola sepak, badminton, skuasy dan hoki. Semuanya karier popular yang sangat hebat sehingga ke seluruh dunia. Untuk tahun ini, rakyat Malaysia dapat berbangga dengan Faiz Subri, Pemenang Anugerah Puskas 2016. Gol tercantik di dunia tu!

Medal dan piala adalah cenderahati yang sangat rapat dengan acara sukan. Semua pelajar mahu berjaya dalam acara sukan sebab dapat membanggakan diri sendiri, mak ayah, jiran-jiran dan orang kampung. Juga menjadi satu kenangan manis semasa di bangku sekolah.

Hadiah medal atau piala diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga. Dikelaskan mengikut 3 warna iaitu emas, perak dan gangsa. Pemegang tempat pertama sudah semestinya dapat pingat emas.

Untuk hari sukan sekolah, apakah yang difikirkan sesuai untuk diberikan kepada para pelajar. Kami ada kongsikan beberapa jenis untuk dijadikan pilihan, antaranya:

1. Medal Plastik (Plastic Metal)

Daripada jenis nama kita sudah dapat gambarkan medal plastik lebih ringan, mudah dibawa dan lebih murah. Sangat sesuai dijadikan hadiah kepada pemenang kerana sifatnya ringan di samping tidak membebankan si penerima.

Untuk sekolah rendah yang memiliki pelajar yang bertubuh kecil, kami sarankan plastic medal untuk hadiah hari sukan sekolah anda.

tempah-plastik-medal

Pelbagai pilihan untuk medal plastik

2. Metal Besi (Metal Medal)

Istilah metal membawa maksud item yang keras, mudah dibentuk dan berkilat. Ianya bukan sahaja besi tetapi emas, perak, tembaga, aluminium dan aloi juga termasuk dalam kategori yang sama. Dari segi harga, metal medal lebih mahal berbanding plastic medal.

Metal medal juga lebih berat tetapi nampak lebih ekslusif kepada penerimanya.

tempahan-metal-medaltempahan-metal-medal

3. Medal Kristal (Crystal Medal)

Medal ini lebih mahal berbanding metal medal. Untuk kristal, tidak nampak warna (emas, perak atau gangsa) kerana sifat kristal adalah lutsinar. Jadi perlu ditulis dengan tulisan pemenang pada kristal untuk mengetahui tempat pertama, kedua dan ketiga.

Namun, pada medal kristal juga boleh diletakkan material berwarna emas, perak dan gangsa untuk membezakan antara pemenang.

medal-kristal-hari-sukan

Pelbagai pilihan kristal medal

4. Piala (Trophy)

Berbanding dengan medal yang diberikan kepada pemenang individu, piala atau trofi diberikan kepada kumpulan kerana pencapaian lebih besar dan menyeruluh.

Contohnya pemenang bagi acara larian baton 4 x 100 meter yang dimenangi secara berkumpulan. Ataupun diberikan kepada pemenang rumah sukan terbaik, hiasan terbaik, olahragawan dan juga olahragawati sekolah.

Ada beberapa jenis material untuk piala seperti plastik, alcrylic, aluminum dan metal. Setiap jenis material berbeza dari segi kualiti dan juga harga.

buat-trofi

Contoh piala atau trofi

Dengan kuantiti tempahan serendah 1 unit untuk Piala sementara 10 unit untuk medal, anda sudah boleh memberikan hadiah istimewa kepada para pemenang sukan sekolah.

Semoga medal dan piala akan menjadi satu kenangan terindah buat para pelajar di sekolah.

Tempah medal kegemaran ada sekarang, whatsapp MEDAL ke 018 2122 510 (Zaini)

Cenderahati Pilihan, Panduan

5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat

Sebelum ini kami ada kongsikan mengenai 5 Pilihan Hadiah Untuk Majlis di Sekolah. Artikel tersebut khusus untuk para guru atau pengendali barangan cenderahati untuk sekolah. Kami sediakan sebagai idea awal untuk mereka membuat perancangan dan budget.

Untuk artikel kali ini, kami ingin berikan beberapa idea cenderahati korporat atau hadiah untuk kegunaan majlis di pejabat pula. Cenderahati ini sesuai untuk pejabat atau syarikat yang mempunyai staff yang sedikit ataupun ramai.

Selain dapat digunakan oleh staff, cenderahati ini juga dapat memberi satu penghargaan kepada staff atas usaha keras mereka membangunkan syarikat. Walaupun dibayar dengan gaji, namun segala penat lelah sekurang-kurangnya dapat terubat dengan sumbangan hadiah daripada majikan.

Staff seronok dapat penghargaan, pada masa yang sama syarikat akan lebih berdaya maju kerana menerima motivasi tinggi melalui penghargaan sebegini.

Sebenarnya, cenderahati perlu sesuai dengan majlis, tempat dan juga watak penerima. Walaupun backpack boleh diberikan kepada semua orang tetapi adalah tidak munasabah backpack tadika diberikan semasa annual dinner syarikat. Untuk pelajar tadika, sangat bersesuaian.

Jadi, perlu ada kesesuaian bergantung kepada jenis majlis yang dianjurkan.

Jom kita lihat 5 pilihan cenderahati korporat untuk majlis di pejabat:

Continue reading “5 Pilihan Cenderahati Korporat Untuk Majlis di Pejabat”