Promosi Cenderahati Korporat

Promosi Payung Botol Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

Salam sejahtera pembaca budiman,

Sedar tidak sedar kita sudah menghampiri hujung tahun. Banyak aktiviti sudah mula dirancang bersama keluarga dan rakan-rakan. Saban hari menghitung waktu bila dapat bercuti.

Kami sekarang dalam proses kemaskini harga cenderahati korporat dengan pelbagai barangan baru, lebih corak, lebih pilihan dan sudah semestinya berpatutan dengan bajet yang anda miliki.

Oleh kerana ada banyak item yang sesuai dijadikan cenderahati, kami tertarik dengan payung dalam botol (bottle umbrella).

Jadi, istimewa untuk anda, kami tawarkan harga promosi untuk tempahan payung botol ini.

Promosi bererti dengan harga lebih murah daripada harga asal.

payung botol murah

Keistimewaan payung ini:
  1. Sudah semestinya melindungi basah hujan dan terik mentari
  2. Bersaiz kecil dan mudah dibawa. Boleh letak dalam beg tangan wanita
  3. Mudah disimpan dan digantung
  4. Saiz 21 inci.
Sangat sesuai untuk anda yang ingin:
  • Hadiahkan sempena Hari Anugerah Cemerlang Sekolah. Hadiah kepada guru atau pelajar
  • Hadiahkan kepada staff pejabat sempena hari lahir, hari keluarga atau penghargaan
  • Hadiahkan kepada pelanggan untuk tujuan promosi dan pemasaran
  • Buat bisnes jual payung di kedai, online dan sebagainya.

Ada dua pilihan menarik dan boleh dicetak 1 logo atau full color. Minimum order hanya 30 unit sahaja.

Bagaimana saya boleh berjimat?

Contohnya, jika tempahan 30 unit, harga asal = RM24 seunit

Harga promosi sekarang = RM22 seunit

Jimat RM2 seunit. Jika 30 unit sudah jimat RM60.

Banyak tu jimat, boleh isi minyak kereta dan motosikal seminggu!

Nota:

  • Harga termasuk cetakan 1 warna
  • Harga tidak termasuk kos penghantaran
  • Tambahn caj artwork design boleh dikenakan jika perlu.

Kami harap dapat membantu anda yang sedang mencari cenderahati korporat sesuai untuk majlis anda.

Berminat? Klik Di Sini Untuk WhatsApp Kami Sekarang!

 

Payung

Katalog Terkini Payung Pelbagai Corak dan Warna

Salam sejahtera, salam Syawal. Syukur kita masih diberi peluang dan ruang untuk teruskan hidup. Semoga kita mendapat keberkatan sepanjang tahun.

Post kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda koleksi payung pelbagai corak, saiz dan warna. Kepada anda yang mencari payung untuk dijadikan hadiah, payung adalah satu item yang sesuai dan sangat berguna kepada penerimanya.

Selain menjadi alat bantuan ketika hujan dan panas, payung juga sangat esklusif jika dijadikan cenderahati.

Payung sesuai dijadikan hadiah dan sumbangan untuk menghargai staff, pekerja dan juga pelanggan anda. Si penerima akan menjadi lebih dihargai jika diberi penghargaan barangan berguna seperti payung.

Untuk melihat katalog terkini payung, sila klik Katalog Payung

Nak buat payung? Whatsapp sahaja ke 018-2122510

 

Payung, Pelanggan

Tempahan Payung Untuk Aktiviti Persatuan

Tempahan cenderahati kali ini datangnya dari Kajang, Selangor. Seorang guru menempah payung kod UM22 untuk aktiviti persatuan. Beliau menempah payung dengan pelbagai warna. Payung kod UM22 ada tiga jenis pilihan corak iaitu biru, oren dan merah.

Alhamdulillah, selamat dihantar kepada pihak puan guru. Penghantaran dibuat secara berjumpa dan  pembayaran secara Tunai Semasa Penghantaran atau orang biasa sebut COD (Cash On Delivery).

Untuk makluman, kami juga menerima pembayaran secara COD namun tempatnya ditentukan oleh pihak kami. Jika jauh dari Petaling Jaya bukan COD namanya. Hehe.

Kami kongsi serba sedikit hasilnya selepas cetakan.

payung-cenderahati

payung-murah

tempah-payung

Kami sangat seronok dapat berurusan dengan puan guru. Reaksi pertama beliau adalah proses cetakan payung sangat pantas. Walaupun proses buat payung atau cenderahati korporat lain mengambil masa 2 minggu, namun jika siap awal, lebih cepat kami hantarkan.

Semoga puan guru berpuas hati dengan payung yang diterima. Terima kasih daripada kami.

Ingin buat payung murah? WhatsApp “PAYUNG” ke 018-2122510 sekarang.

Pelanggan

Tempahan Payung Dari Terengganu

Salam sejahtera,

Seperti mana yang dijanji pada artikel 5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah, kami bawakan kepada anda pelanggan yang menempah payung bersama kami.

Beliau menempah mewakili sebuah agensi kerajaan yang beroperasi di Kuala Terengganu. Payung bersaiz 30 inci menjadi pilihan. Tahukah anda, ini adalah saiz payung yang paling besar kami miliki.

Jika dibuka payung ini, boleh muat 2 orang dewasa. Kalau berjalan di dalam hujan tiada masalah basah terkena air.

Continue reading “Tempahan Payung Dari Terengganu”

Cenderahati Pilihan

5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah

Setiap orang  pernah menggunakan payung, juga pernah memiliki payung. Dalam kereta, di rumah dan di pejabat. Sesetengah daripada kita memiliki lebih daripada 1 payung. Dalam kereta mungkin ada 3 kaki payung!buat payung

Apa guna payung? Ada dua sebab sahaja orang menggunakan payung:

1. Melindungi basah ketika hujan

2. Melindungi panas terik

Selain kegunaan di atas, perkataan ‘payung’ juga memberi maksud yang lebih mendalam.

Continue reading “5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah”