Tempahan cenderahati kali ini datangnya dari Kajang, Selangor. Seorang guru menempah payung kod UM22 untuk aktiviti persatuan. Beliau menempah payung dengan pelbagai warna. Payung kod UM22 ada tiga jenis pilihan corak iaitu biru, oren dan merah.
Alhamdulillah, selamat dihantar kepada pihak puan guru. Penghantaran dibuat secara berjumpa dan pembayaran secara Tunai Semasa Penghantaran atau orang biasa sebut COD (Cash On Delivery).
Untuk makluman, kami juga menerima pembayaran secara COD namun tempatnya ditentukan oleh pihak kami. Jika jauh dari Petaling Jaya bukan COD namanya. Hehe.
Kami kongsi serba sedikit hasilnya selepas cetakan.
Kami sangat seronok dapat berurusan dengan puan guru. Reaksi pertama beliau adalah proses cetakan payung sangat pantas. Walaupun proses buat payung atau cenderahati korporat lain mengambil masa 2 minggu, namun jika siap awal, lebih cepat kami hantarkan.
Semoga puan guru berpuas hati dengan payung yang diterima. Terima kasih daripada kami.
Ingin buat payung murah? WhatsApp “PAYUNG” ke 018-2122510 sekarang.