Pelanggan

Botol Air Untuk Kejohanan Ragbi Universiti

Pertama sekali, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada puan yang menempah botol air untuk acara sukan di universiti. Sebuah universiti tempatan di utara tanahair. Beliau menempah untuk kejohanan ragbi di universiti.

Walaupun berada jauh di utara tetapi kami sebenarnya telah membuat penghantaran hanya di sekitar Subang kerana beliau berada berdekatan. Untuk makluman, kami boleh membuat penghantaran secara Cash on Delivery (COD) / Bayaran Tunai Semasa Penghantaran di sekitar Petaling Jaya meliputi kawasan terdekat seperti:

  • Petaling Jaya Selatan
  • Petaling Jaya Utara
  • Kelana Jaya
  • Subang
  • Subang Jaya
  • Kuala Lumpur

Kiranya kawasan berdekatan, kami boleh menghantar cenderahati pilihan anda tanpa dikenakan caj. Jika terlalu jauh, kami terpaksa mengenakan caj penghantaran.

Untuk luar kawasan Lembah Kelang, kami akan membuat penghantaran melalui Poslaju atau courier lain bergantung kepada kehendak anda. Jika lebih jimat, kami boleh usahakan apa-apa penghantaran yang sesuai.

Botol air sangat sesuai dijadiakan hadiah hari sukan dan juga dijadikan cenderahati tanda sumbangan kepada para peserta. Botol air ini jenis boleh dilipat dan dikecilkan (foldable), bermaksud jika tidak diisi air, boleh disimpan dalam ruang yang kecil. Lipat masuk poket pun boleh.

Botol air foldable ini ( BT 19) didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu biru, oren dan pink. Jika tempahan banyak, biasanya pelanggan akan campur pilihan warna yang ada. Biar nampak kepelbagaian warna. Sebab setiap orang pasti ada warna kegemaran dan tidak mungkin sama citarasa.

Jom kami kongsikan gambar botol air beserta cetakan untuk tatapan anda.

buat botol air

cenderahati hari sukan

cenderahati korporat

Jadi bagaimana? Berminat untuk mendapatkan botol air ini? Hehe.

Untuk makluman, harganya hanya RM6.90 seunit termasuk cetakan untuk tempahan 100 unit. Lebih murah dari sekeping personal pan pizza.

Jika berminat, klik Whatsapp 018-2122510 dan kami akan sepantas delivery pizza akan membalas pertanyaan anda 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge