Tips dan Teknik

Bagaimana Membuat Orang Suka Dengan Cenderahati Korporat

kotak hadiahWalaupun semua orang menyukai cenderahati korporat namun ada juga yang tidak mengambil endah.

Mungkin sesetengah daripada kita tidak pernah berfikir langsung akan kewujudan pelbagai cenderahati yang ada di pasaran.

Ada yang menerima sesuatu cenderahati sekadar menerima tanpa ada sentuhan emosi terhadapnya.

Seperti mana tajuk artikel kali ini, bagaimana caranya?

Jadikan Cenderahati Sesuatu Yang Eksklusif

Mengikut Kamus Dewan, ia bermaksud  karya reka yang lebih halus dan indah yang menggambarkan keunikan dan keaslian usaha seni pertukangan.

Sesuatu cenderahati korporat yang dibuat perlu ada sentuhan kecundang emosi yang mendalam. Unik adalah lain dari yang lain manakala asli adalah sejati dan tulen.

Contoh yang boleh kita gambarkan melalui dua maksud ini seperti cenderahati untuk:

  • Majlis berkhatan di sekolah rendah untuk pelajar. Uniknya untuk majlis sebegini kerana satu kenangan (berkhatan) yang tidak mungkin dapat ditempuh oleh kanak-kanak perempuan. Aslinya punya adalah cara berkhatan yang biasanya dilakukan oleh mudim. Pakai pisau tu bro!
  • Majlis perpisahan guru besar sekolah. Uniknya kerana majlis yang khas dan istimewa untuk seorang guru. Aslinya pula, guru besar yang telah menabur jasa yang lama di sekolah tersebut. Semua guru dan pelajar pastinya mempunyai satu hubungan dan penghormatan tertinggi pada insan ini.
  • Hari Keluarga. Ini memang biasa dengan cenderahati korporat. Uniknya pada aktiviti ini semua ahli keluarga dari latar belakang berbeza (ipar dari negeri lain), dengan budaya berbeza berkumpul. Bersuai kenal antara ipar, anak saudara dan juga sepupu. Bangga sungguh atuk dan neneknya mempunyai keluarga besar yang sama-sama berkumpul mengeratkan silaturahim.

Oleh itu, untuk membuat cenderahati korporat menjadi eksklusif dan disukai ramai, perlu menilai dua benda di atas. Adakalanya kita tidak sedar sesuatu cenderahati pada majlis yang diajurkan itu sangat menyerlah. Pastinya ada sesuatu yang bernilai di dalamnya iaitu eksklusif.

Jom jadikan hadiah anda sesuatu yang eksklusif. WhatsApp kami 018-2122510 untuk bantuan dan pertanyaan.

1 thought on “Bagaimana Membuat Orang Suka Dengan Cenderahati Korporat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge