5 Sebab Pen Sesuai Dijadikan Cenderahati & Hadiah

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Antara barangan yang berjasa kepada kemajuan manusia adalah pen. Sehinggakan pada waktu sekolah rendah, pen sering kali dijadikan tajuk subjek Penulisan dalam kategori “Aku Sebatang Pen.” Mengikut sejarah, direkodkan ball pen telah wujud pada 1888 iaitu kira-kira 120 tahun yang lalu.

Sebelum ini kami ceritakan mengenai 5 Sebab Payung Sesuai dijadikan Cenderahati dan Hadiah. Anda boleh baca perkongsiaan kami pada post sebelum ini.

Kegunaan utama sebatang pen adalah menulis untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembacanya. Tidak kira pembacanya adalah diri sendiri atau orang lain.

Rami individu atau syarikat menjadikan pen sebagai hadiah dan cenderahati kepada para pelanggan atau kepada bakal pelanggan.

Untuk makluman anda, kami baru sahaja menghantar 300 unit pen kepada sebuah syarikat. Menariknya, bentuk pen yang sama ditempah oleh syarikat lain sebelum itu. Panas betul design pen ini.

cenderahati-pen

Design pen pilihan ramai

Apa sebabnya? Kami kongsikan 5 Sebab Pen Sesuai Dijadikan Cenderahati:

1. Murah 

Kos untuk membuat sebatang pen beserta cetakan adalah sangat murah. Lebih murah daripada sepinggan nasi ayam. Harga sebatang pen cuma RM2.90 untuk 100 batang. Sudah pasti lebih banyak tempahan, kos sebatang pen akan menjadi lebih murah.

Jadi tidak menjadi satu bebanan kepada sesebuah syarikat untuk membuat pen beserta logo syarikat dan dihadiahkan kepada pelanggan kesayangan mereka.

2. Pen Barangan Yang Berguna

Tidak boleh dinafikan jasa sebatang pen kepada pemiliknya:

  • Seorang penulis novel boleh menghasilkan karya agung
  • Seorang pengarah syarikat dapat menandatangan cek bernilai RM1 juta dengan pen bernilai RM2.90
  • Seorang pelajar dapat menghasilkan karangan yang menarik untuk peperiksaan
  • Seorang ayah dapat menandatangan buku rekod kemajuan anaknya
  • Seorang emak dapat menurunkan resepi masakan yang sedap pada anak perempuannya.

“Apa lagi sebatang pen boleh lakukan pada anda?”

3. Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

Berat sebatang pen kurang daripada 100g ditambah dengan saiznya yang kecil amat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Bukannya satu barangan yang berat dan besar yang perlu diangkat dan dipikul.

Jika kita menerima sebatang cenderahati pen dari satu majlis, dengan pantas dan tanpa berfikir panjang kita akan selitkan pada poket baju atau poket seluar. Tindakan spontan yang hanya memerlukan ruang yang sedikit untuk simpanan.

4. Mudah Digunakan

Siapa yang tidak tahu guna pen? Mustahil pada zaman sekarang orang tidak tahu guna pen. Oleh sebab mudahnya penggunaan pen, maka ia juga menjadi sebab musabab syarikat menjadikan pen sebagai cenderahati korporat.

5. Bentuk dan Saiz

Saiz memainkan peranan penting untuk menentukan sesuatu barangan itu sesuai atau tidak untuk dijadikan hadiah. Saiz yang terlalu besar mungkin tidak sesuai dijadikan pilihan. Oleh itu, pen berjaya menjadi pilihan disebabkan oleh saiznya yang kecil.

Bentuk juga begitu. Jika bentuknya terlalu kompleks walaupun bersaiz kecil akan memberikan masalah kepada pengguna.

Moga perkongsian ini memberikan manfaat betapa sebatang pen sangat bermakna kepada kehidupan seharian kita.

Jika ingin buat pen sebagai hadiah kepada pelanggan anda,

WhatsApp “PEN” ke 018-2122510 sekarang.

Kami akan berikan pen terbaik sesuai dengan bajet anda.

ZAINI

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami