Umum

4 Sebab Syarikat Anda Perlukan Cenderahati Korporat

Cenderahati korporat untuk syarikat merupakan satu perkara yang sangat perlu. Tidak kira walau sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik. Semuanya ada nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat.

cenderahati korporat

Jadi, kami kongsikan 3 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:

1.  Agen Pemasaran Bergerak

Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.

Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan. Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.

2. Kesedaran Pada Jenama

Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati. Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.

Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda.

Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka. Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat contohnya seperti iklan yang ditayang di televisyen.

3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada

Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk. Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.

tempah payung

Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.

4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru

Anda pernah menerima cenderahati percuma daripada booth agen insuran?

Mungkin pernah menerima sebatang pen atau buku nota. Pastinya pen dan buku nota tersebut dicetak dengan logo syarikat. Kita jadi seronok dapat benda percuma. Ialah siapa yang tidak suka dapat benda percuma walaupun sebiji gula-gula.

Apa tujuannya?

Sudah pasti untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka. Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.

Selepas dapat hadiah percuma, mereka akan berbual-bual, tanya itu ini dan akhirnya kita menjadi selesa. Seterusnya memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Untung-untung dapat buat jualan dengan kita.

Itu sahaja 4 sebab utama saya rasa.

Mungkin ada lagi yang nak tambah? Silakan.

Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.

ZAINI

018-2122510

info@giftstore.my

3 thoughts on “4 Sebab Syarikat Anda Perlukan Cenderahati Korporat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge