cenderahati korporat pilihan
Cenderahati Pilihan

7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023

Sudah masuk dua minggu kita menjengah tahun baru 2023. Pejam celik, pejam celik sekejap masa berlalu. Untuk tahun 2023, kami ingin berkongsi 5 cenderahati korporat terbaik pilihan kami untuk tahun 2023.

Cenderahati ini mendapat permintaan dan pertanyaan yang tinggi oleh pelanggan. Mungkin untuk dijadikan hadiah sempena majlis di sekolah atau pejabat.

Jom sama-sama kita lihat.

1. Thermo Mug

Thermo mug adalah bekas minuman yang tahan panas. Oleh kerana tahan panas, ia sesuai untuk digunakan untuk membancuh kopi, teh, milo dan sebagainya.

Biasanya dijadikan cenderahati untuk staff di pejabat dan juga pelajar di sekolah.

tempah thermo mug
Continue reading “7 Cenderahati Korporat Terbaik Pilihan Tahun 2023”
Panduan

Bagaimana Membuat Cenderahati Korporat dengan Bajet Terhad?

Membuat cenderahati korporat dengan bajet terhad adalah satu cabaran besar. Melebihi bajet yang ditetapkan akan menyebabkan kita terlepas cenderahati idaman.

bajet terhad

Bajet atau belanjawan adalah faktor utama sebelum membuat keputusan untuk menempah cenderahati. Sebab ianya berkaitan dengan duit, wang atau fulus. Lebih kurang, maka lebih baik sebab lebihan wang boleh digunakan untuk perkara lain.

Cenderahati korporat adalah satu nilai dan kenangan untuk anda. Jadi sudah pasti anda mahukan yang terbaik dalam setiap pelaburan anda.

Berapa bajet anda?

Setiap orang atau organisasi mempunyai bajet yang berlainan. Ada yang kurang, ada juga yang lebih. Tidak kira berapa bajet anda, kami sedia membantu.

Ramai menghubungi kami memberitahu ingin buat cenderahati korporat tetapi bajet terhad. Jangan bimbang, ada caranya.

Jika dapat penuhi, kami akan berikan contoh-contoh cenderahati korporat dalam lingkungan harga tersebut.

Jika bajet anda tidak dapat memenuhi cenderahati yang ada, kami mohon maaf.

Apa penyelesaian untuk buat cenderahati dengan bajet terhad?

Untuk harga cenderahati, jika bajet terhad atau bajet rendah masih boleh buat, tiada masalah.

Ada beberapa situasi yang mungkin anda alami:

1. Kuantiti melebihi 100 unit dan bajet RM5 seunit. 

Ini memang tiada masalah sebab ada banyak jenis cenderahati seperti Plastik Pen, Metal Pen, Key Chain, Alat Tulis dan Lanyard. Anda boleh lihat pada senarai kategori sebelah.

2. Kuantiti 30 unit dan bajet RM10

Ini juga banyak bentuk cenderahati korporat yang boleh dipilih. Contohnya Eco Color Pensil, Note Pads dan Woven Bag.

3. Kuantiti 30 unit dan bajet anda RM5.

Maaf, kami tiada barangan yang sesuai untuk anda.

Untuk cenderahati korporat, lebih banyak tempahan, maka harga per unit (seunit) akan lebih murah. Mana-mana pembekal juga akan memberikan keistimewaan yang sama.

Jadi untuk mendapat harga terbaik sesuai dengan bajet anda, tempah pada kuantiti yang tinggi.

Walau apa pun bajet anda, amat dialu-alukan untuk bertanya kepada kami. Kami sedaya upaya membantu anda. Kami amat-amat memahami situasi anda kerana kami juga pengguna seperti anda.

Khidmat nasihat dan bantuan adalah percuma. Cepat ambil telefon dan whatsapp kami. Bertanyalah kerana ianya percuma.

Untuk lebih mudah membuat peracangan, anda boleh download Katalog dan Senarai Harga di sini. Melalui pricelist, anda boleh buat kira-kira awal cenderahati korporat yang sesuai dengan bajet anda.

Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Panduan

5 Sebab Syarikat Anda Perlukan Cenderahati Korporat

Cenderahati korporat untuk syarikat merupakan satu perkara yang sangat penting. Tidak kira walau sehelai t-shirt, sebatang pen, payung mahupun seunit beg plastik.

Semuanya ada nilai dan matlamat tertentu. Pelaburan kepada cenderahati korporat adalah untuk memberikan lebih keuntungan dari segi pelanggan kepada syarikat.

cenderahati korporat

Jadi, kami kongsikan 5 sebab kenapa sesebuah syarikat perlukan cenderahati korporat:

1. Agen Pemasaran Bergerak

Ini adalah sebab utama syarikat perlukan cenderahati korporat. Bayangkan sebatang pen yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dilihat penggunanya. Biasanya pen diberi sebagai hadiah kepada pelanggan. Tujuannya untuk sentiasa diingati oleh pelanggan setiap kali menggunakan pen tersebut.

Sama juga halnya dengan payung. Sesebuah syarikat yang menempah payung pasti mahukan payung tersebut digunakan setiap masa terutamanya waktu hujan.

Payung akan dicetak dengan logo dan nama syarikat. Apabila dibuka akan terpampang nama syarikat dan secara tidak langsung menjadi perhatian orang awam yang melihatnnya.

Cenderahati korporat sebegini boleh masuk sehingga ke dalam rumah anda. Bayangkan syarikat anda dilihat setiap hari pada mug, buku dan sebagainya.

2. Kesedaran Pada Jenama

Apabila ada logo atau nama syarikat pada cenderahati korporat dan pada masa yang sama kerap dilihat, jenama syarikat akan sentiasa diingati.

Contohnya baju jenama tertentu yang dicetak dengan logo. Pengguna yang memakai baju tersebut akan dilihat oleh khalayak ramai.

cenderahati korporat
Kredit gambar: giphy.com

Berapa ramai yang lihat? Sudah tentu lebih daripada seorang. Lebih ramai yang lihat, lebih tinggi kesedaran pada jenama anda.

Orang kenal jenama syarikat anda melalui logo yang unik, motto dan sebagainya.

Oleh sebab itu, jenama-jenama terkemuka akan mencetak t-shirt untuk dijadikan cenderahati kepada pelanggan mereka.

Orang akan cepat teringat perkara yang sering dilihat, seperti melihat iklan yang ditayang di televisyen.

3. Penghargaan Kepada Pelanggan Sedia ada

Pelanggan adalah nadi utama perniagaan. Tanpa mereka yang membeli barangan atau servis, tiada perniagaan. Tiada perniagaan bermakna tiada duit yang masuk.

Jadi, cenderahati korporat amat sesuai diberikan kepada pelanggan sedia ada sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka pada perniagaan kita.

tempah payung

Namun, jangan memberikan hadiah untuk mengharapkan sesuatu. Itu namanya rasuah. Tidak baik dan sangat tidak boleh. Jadi, niat kena betul. Berilah dengan seikhlas hati. Pelanggan suka, kita seronok dan dua-dua dapat manfaat.

4. Tarikan Kepada Pelanggan Baru

Anda pernah menerima cenderahati percuma daripada booth agen insuran?

Mungkin pernah menerima sebatang pen atau buku nota. Pastinya pen dan buku nota tersebut dicetak dengan logo syarikat. Kita jadi seronok dapat benda percuma.

Siapa yang tidak suka dapat benda percuma walaupun sebiji gula-gula.

Apa tujuannya?

Sudah pasti untuk menarik perhatian kita pada barangan atau perkhidmatan yang disediakan. Di samping itu, untuk membuang rasa takut dan gementar pada perniagaan mereka.

Maka, mereka memberi hadiah percuma sebagai tanda kenal supaya kita dapat cepat selesa dengan perkhidmatan ditawarkan.

Selepas dapat hadiah percuma, mereka akan berbual-bual, tanya itu ini dan akhirnya kita menjadi selesa. Seterusnya memberikan kerjasama yang baik kepada mereka.

Untung-untung dapat buat jualan dengan kita.

5. Membina Hubungan Bisnes yang Berpanjangan

Kita buat bisnes bukan untuk sehari. Kalau boleh sehingga kita tua dan dapat mewarisi bisnes seperti Megah Holding kepada anak-anak mereka.

Papa bangga dengan kamu!

Hubungan bisnes ini pula bukan sekadar dengan pelanggan sedia ada tetapi kepada setiap pihak yang bekerjasama dengan bisnes kita seperti pembekal, konsultan, rakan dan sebagainya.

Dengan cenderahati korporat, kita dapat membina hubungan bisnes dengan lebih erat kerana saling menghargai satu sama lain.

Mungkin ada lagi yang nak tambah? Silakan.

Jika nak tempah cenderhati korporat, boleh hubungi. Kami sedia membantu anda.

http://www.wasap.my/60127300287/giftstore (Shahrul)

http://www.wasap.my/60122913721/giftstore (Ida)

http://www.wasap.my/60182122510/giftstore (Mohd)

Pelanggan

Botol Air Untuk Kejohanan Ragbi Universiti

Pertama sekali, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada puan yang menempah botol air untuk acara sukan di universiti. Sebuah universiti tempatan di utara tanahair. Beliau menempah untuk kejohanan ragbi di universiti.

Walaupun berada jauh di utara tetapi kami sebenarnya telah membuat penghantaran hanya di sekitar Subang kerana beliau berada berdekatan. Untuk makluman, kami boleh membuat penghantaran secara Cash on Delivery (COD) / Bayaran Tunai Semasa Penghantaran di sekitar Petaling Jaya meliputi kawasan terdekat seperti:

  • Petaling Jaya Selatan
  • Petaling Jaya Utara
  • Kelana Jaya
  • Subang
  • Subang Jaya
  • Kuala Lumpur

Kiranya kawasan berdekatan, kami boleh menghantar cenderahati pilihan anda tanpa dikenakan caj. Jika terlalu jauh, kami terpaksa mengenakan caj penghantaran.

Untuk luar kawasan Lembah Kelang, kami akan membuat penghantaran melalui Poslaju atau courier lain bergantung kepada kehendak anda. Jika lebih jimat, kami boleh usahakan apa-apa penghantaran yang sesuai.

Botol air sangat sesuai dijadiakan hadiah hari sukan dan juga dijadikan cenderahati tanda sumbangan kepada para peserta. Botol air ini jenis boleh dilipat dan dikecilkan (foldable), bermaksud jika tidak diisi air, boleh disimpan dalam ruang yang kecil. Lipat masuk poket pun boleh.

Botol air foldable ini ( BT 19) didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu biru, oren dan pink. Jika tempahan banyak, biasanya pelanggan akan campur pilihan warna yang ada. Biar nampak kepelbagaian warna. Sebab setiap orang pasti ada warna kegemaran dan tidak mungkin sama citarasa.

Jom kami kongsikan gambar botol air beserta cetakan untuk tatapan anda.

buat botol air

cenderahati hari sukan

cenderahati korporat

Jadi bagaimana? Berminat untuk mendapatkan botol air ini? Hehe.

Untuk makluman, harganya hanya RM6.90 seunit termasuk cetakan untuk tempahan 100 unit. Lebih murah dari sekeping personal pan pizza.

Jika berminat, klik Whatsapp 018-2122510 dan kami akan sepantas delivery pizza akan membalas pertanyaan anda 🙂

Cenderahati Pilihan

5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah

Setiap orang  pernah menggunakan payung, juga pernah memiliki payung. Dalam kereta, di rumah dan di pejabat. Sesetengah daripada kita memiliki lebih daripada 1 payung. Dalam kereta mungkin ada 3 kaki payung!buat payung

Apa guna payung? Ada dua sebab sahaja orang menggunakan payung:

1. Melindungi basah ketika hujan

2. Melindungi panas terik

Selain kegunaan di atas, perkataan ‘payung’ juga memberi maksud yang lebih mendalam.

Continue reading “5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah”