Umum

Gunakan Teknologi Percuma Untuk Tempahan Cenderahati

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

WhatsApp-Logo(1)Teknologi adalah sesuatu yang memudahkan kerja-kerja manusia hasil pengetahuan saintifik dari individu atau kumpulan hebat.

Senang cerita, teknologi membantu manusia mencapai sesuatu matlamat lebih cepat, tepat dan terbaik.

Apa kaitan teknologi percuma dengan Cenderahati? 

Saya guna satu teknologi sahaja untuk berhubung dengan bakal pelanggan dan pelangga iaitu WHATSAPP.

Siapa yang tiada WhatsApp, angkat tangan? 🙂

Ia satu teknologi yang tidak boleh diabaikan baik kepada peniaga atau pembeli. Bagi kami yang membekal cenderahati korporat, aplikasi ini sangat mudah, cepat dan menarik.

Mudah kerana dapat berhubung melalui taip mesej sahaja. Tidak perlu telefon kerana cenderahati lebih mudah mesej sebab boleh tahu kod produk, kuantiti dan gambar.

Cepat kerana kita dapat berhubung dalam masa tidak sampai 5 saat untuk saling berbalas perbualan. Bakal pelanggan dapat menerima mesej dan maklumat dengan kadar segera.

Siapa tak suka jika dilayan cepat, bukan?

Jika email, akan ambil masa yang lama untuk karang dan hantar. Kemudian perlu tunggu penerima baca dan faham. Jika tidak faham akan balas semula email. Bukankah mengambil masa yang lama untuk selesaikan sesuatu perkara?

Menariknya pula, ianya jenis mesej bergambar. Kita boleh hantar gambar cenderahati pilihan. Boleh snap dan send. Ini saya suka.

Seperti konsepnya mesej, kita boleh tinggalkan pesanan kepada penerima. Mesej sahaja, nanti penerima akan baca bila dia ada masa. Ini kerana tidak semua orang ada masa atau tiada ditempat kejadian semasa kita buat panggilan telefon.

Saya yakin dan percaya, semua orang hari ini ada smartphone dan aplikasi WhatsApp adalah benda penting perlu ada di dalam telefon.

Nak tanya sikit, berapa banyak Group WhatsApp? Hehe.

WhatsApp kami untuk buat cenderahati. Khidmat nasihat percuma, semestinya pantas.

Hubungi 018-2122 510 (Zaini)

Kongsikan artikel untuk manfaat bersama:

1 thought on “Gunakan Teknologi Percuma Untuk Tempahan Cenderahati”

Leave a Reply

Your email address will not be published.