Cenderahati Pilihan

Untuk Penjual Kereta. Ini 8 Hadiah Cadangan Untuk Pelanggan Anda

Boleh dikatakan semua orang suka hadiah (free gift) semasa membeli sesuatu. Hadiah adalah tanda penghargaan penjual kepada pelanggan untuk mengeratkan lagi hubungan perniagaan.

Begitu juga jika kita membeli kereta. Tidak kira sama ada kereta baru atau terpakai, sebagai pelanggan kita akan menerima hadiah daripada penjual kereta (salesman).

Selain hadiah kepada pelanggan, hadiah ini juga menjadi satu agen pemasaran terbaik untuk mengembangkan lagi perniagaan anda. Logo yang dicetakan pada hadiah akan kelihatan di mana sahaja pelanggan anda berada.

Pelanggan yang berpuas hati akan menceritakan kebaikan perkhidmatan anda kepada ibu bapa dan rakan-rakan.

Dengan adalah media social seperti Facebook dan Instagram, sesuatu perniagaan akan mudah tersebar dan berkembang. Jika baik maka baiklah hasil. Namun, jika perkhidmatannya buruk, cerita kurang enak biasanya akan lebih laju bergerak.

Antara barangan yang menjadi kebiasaan seperti kunci kenderaan, baucer tinted, baucer cuci kereta dan sebagainya. Dalam post kali ini, kami kongsikan khas untuk anda salesman kereta, hadiah yang boleh dijadikan tanda kenangan dan terima kasih untuk pelanggan anda.

1.  Payung

Kereta dengan payung memang tidak dapat dipisahkan. Waktu hujan adalah masa yang paling memerlukan payung untuk melindungi basah hujan.

Ada pelbagai jenis payung di pasaran. Pelbagai saiz. Untuk hadiah payung, saiz paling ideal adalah melebihi 21 inci dan ke atas kerana dapat memayungi keseluruhan badan.

Di GiftStore.my, kami menyediakan pelbagai jenis payung dari segi saiz, warna dan bentuk. Untuk penjimatan, kami menawarkan harga promosi payung botol yang sangat mudah dibawa dan bersaiz 21 inci.

payung botol murah

 

2. Beg Serbaguna

Sesuai dengan namanya beg serbaguna, banyak benda boleh diisi di dalam beg ini. Antaranya tuala, pakaian, barangan peribadi, kunci kereta dan sebagainya.

Kebanyakkan beg serbaguna didatangkan dengan pemegang untuk mudah di bawa ke mana sahaja. Jadi pelanggan anda akan lebih seronok kerana memiliki beg serbaguna yang sangat berfaedah untuk kegunaan harian mereka.

beg serbaguna beg serbaguna

3. Powerbank

Telefon pintar sudah menjadi keperluan utama setiap orang. Disebabkan penggunaan yang sangat maksimum seperti melayari internet, tonton YouTube, bermain games dan Whatsapp, bateri telefon pintar perlu sentiasa berada dalam keadaan penuh atau bersedia.

Jadi, hadiah power bank sangat bermanfaat untuk kegunaan harian pelanggan anda. Memang boleh charge bateri telefon di kereta tetapi adalah lebih baik anda caj menggunakan power bank kerana dapat menjimatkan penggunaan bateri kereta.power bank led murahTerdapat juga pendapat menyatakan penggunaan charger di kereta adalah tidak selamat kerana mungkin mempunyai risiko kerosakan pada telefon. Arus yang tidak stabil yang tidak dapat dikawal oleh charger boleh memendekkan hayat bateri telefon.

Jadi penggunaan power bank sebagai battery backup adalah lebih baik dan praktikal.

4. Key Chain

Kunci kereta yang kosong tidak kelihatan menarik tanpa key chain. Jadi, berikan hadiah key chain untuk dijadikan tanda ingatan kepada pelanggan anda. Letakkan logo syarikat dan website di key chain. Ia memadai untuk dijadikan rujukan dan pemasaran.

key chain kereta

5. Tuala

Tuala juga salah satu item yang sangat berguna. Boleh lap badan, muka, kereta, motosikal dan lap habuk pada perabot di rumah. Ada beberapa jenis tuala di pasaran seperti tuala mandi, tuala muka dan tuala untuk bersukan.

tuala mandi tuala sukan tuala muka

7. Sun Shades (Pelindung Panas)

Jika kereta diparkir di kawasan terbuka yang terdedah pada panas dan hujan, sun shades sangat berguna untuk meneduhkan suasana di dalam kereta. Walaupun tidak 100% melindungi bahagian dalam kereta daripada kepanasan tetapi sekurang-kurangnya masih dapat menyejukan sedikit ruangan kereta.

8. T-shirt

Hadiah paling biasa tetapi unik adalah t-shirt. Design pada t-shirt boleh apa sahaja tetapi bagi seorang penjual kereta, pastikan design pada tshirt adalah berkaitan dengan bisnes anda. Tshirt adalah satu pemasaran bergerak yang baik kerana pelanggan membawa jenama anda di mana sahaja mereka berada.

salesman car tshirt

Jika anda sedang memikirkan idea hadiah untuk pelanggan anda dan mempunyai bajet tertentu, sila hubungi kami. Kami sedia membantu.

Hingga berjumpa lagi. Moga bermanfaat.

Whatsapp: 018-2122 510

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge