5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

Setiap orang  pernah menggunakan payung, juga pernah memiliki payung. Dalam kereta, di rumah dan di pejabat. Sesetengah daripada kita memiliki lebih daripada 1 payung. Dalam kereta mungkin ada 3 kaki payung!buat payung

Apa guna payung? Ada dua sebab sahaja orang menggunakan payung:

1. Melindungi basah ketika hujan

2. Melindungi panas terik

Selain kegunaan di atas, perkataan ‘payung’ juga memberi maksud yang lebih mendalam.

Bukan sahaja melindungi hujan dan panas, payung dapat juga melindungi perut rakan-rakan yang lapar. Hebatnya penangan payung.

Perkataan payung member ini biasanya berlaku pada hujung bulan apabila masuk gaji. Jika tengah bulan, jawapannya, payung bocor!

Dua sebab di atas (hujan dan panas) sudah membuktikan kepentingan payung pada penggunanya. Baiklah, untuk artikel kali ini, kami ingin berkongsi 5 sebab kenapa payung sangat sesuai dijadikan cenderahati dan hadiah.

Jom baca perkongsian kami ini.

1.  Payung Produk Keperluan

Keperluan sudah diterangkan di atas. Jika dihadiahkan kepada seseorang sebagai tanda penghargaan, tiada sesiapa akan menolaknya. Jika diberi percuma lagilah diambil. Ini kerana lambat laun mereka pasti menggunakannya. Sama ada waktu hujan ataupun panas kemarau.

2. Alat Pemasaran Bergerak untuk Syarikat

Pernah lihat payung yang ada logo syarikat? Tujuan utama untuk menjadi agen pemasaran bergerak pada syarikat. Disebabkan itu, banyak syarikat kecil mahupun syarikat besar di Malaysia menggunakan payung sebarang barangan pemasaran eksklusif untuk terus mengukuhkan lagi jenama mereka.

3. Mudah di Bawa ke Mana Sahaja

Letak dalam bonet kereta, letak di dashboard kereta, dalam beg tangan wanita atau sangkut di penjuru rumah, payung memang satu barangan yang senang bergerak. Tidak memerlukan ruang yang terlalu besar, hinggakan jika sangkut baju di dalam kereta lebih menggunakan ruang daripada letak payung di dalam kereta.

4. Mudah Digunakan.

Budak kecil sekolah tadika tahu menggunakan payung. Jika diberi sebagai hadiah atau cenderahati kepada kanak-kanak, mereka juga tahu menggunakannya. Agaknya tidak perlu lagi diajar kepada kanak-kanak cara penggunaan payung.

5. Tempahan Dalam Unit Sedikit

Poin terakhir ini berbaur jualan sedikit. Hehe. Ya, kami menerima tempahan payung dalam kuantiti yang rendah. Serendah 30 unit sahaja. Alhamdulillah, setakat ini ramai yang bertanya dan berminat. Kami juga telah menjadi pembekal payung kepada beberapa syarikat dan kumpulan yang telah menempah.

Untuk artikel akan datang, kami akan kongsikan lagi tempahan payung dari pelanggan di Terengganu. Proses tempahan dan urusan hanya menggunakan WhatsApp. Payung masih dalam proses cetakan. Insya-Allah, minggu depan akan siap dan akan dihantar ke sana.

Berminat nak buat payung?

WhatsApp “PAYUNG” ke 018-2122510

ZAINI

Kongsikan Untuk Manfaat Bersama:

6 thoughts on “5 Sebab Payung Sesuai Dijadikan Cenderahati dan Hadiah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Klik Whatsapp Untuk Hubungi Kami